Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Hari Raya Aidilfitri kali ini akan disambut berbeza oleh semua orang tak kira usia. Normal-normal baru akan menjadi ikutan demi keselamatan orang tersayang.

Ini adalah antara pemandangan baru yang bakal terjadi di Aidilftri kali ini. Kami senaraikan 5 perkara luar biasa yang akan menjadi perkara biasa.

1. Kemeriahan Malam Raya

Kemeriahan di malam raya apabila masing-masing sibuk memasak juadah untuk hari raya keesokan harinya mungkin berbeza. Kecoh-kecoh di dapur, bukan dengan adik beradik dan sanak saudara, tetapi dengan panggilan video bertanyakan resepi pada nenek dan ibu tercinta. Juadah tradisi tetap nak disaji, tetapi semuanya hanya nenek dan ibu yang mengingati.

2. Bermaafan Dan Bersembang Di Hari Raya

Riuh rendah bunyinya. Ya, bunyi deringan telefon dan mesej yang masuk. Dengan keluarga dan yang teristimewa, mestilah mahu melihat wajah, jadi kita buat panggilan video. Dengan teman-teman dan saudara, mungkin panggilan telefon sudah memadai. Dan hantarkan mesejl kepada semua kenalan memohon maaf di hari mulia.

3. Notis Rumah Tertutup

Kalau dulu, sesiapa sahaja boleh singgah beraya. Selagi ada juadah, semuanya disajikan. Kalau tak cukup, ke dapur lagi untuk tambah sajian. Tapi itu dulu, sekarang yang ada di pintu pagar adalah notis besar. ‘Harap Maaf, Tapi Tiada Jemputan Raya Demi Keselamatan Bersama’.

4. Pakaian Raya

Tahun ini yang paling ‘simple’. Baju Melayu dan bersongkok, tapi hanya berkain pelekat atau memakai seluar biasa sahaja. Maklumlah, kalau mahu buat panggilan video sekalipun, hanya bahagian atas yang nak ditunjukkan. Yang wanita pula, mungkin dengan tudung cantik dan solekan yang lawa. Baju kurung boleh sepasang, tapi tak perlu kasut yang mahal. Duduk rumah sahaja di hari raya.

5. Duit Raya

Tiada lagi sampul raya yang cantik berisi duit kertas di dalamnya. Tahun ini semua duit raya hanya guna e-Cash sahaja. Anak-anak kecil pun mungkin terpaksa tunggu ibu bapa keluarkan duit daripada bank kerana tidak ada akaun sendiri. Tapi istimewanya, mereka semua sudah boleh belajar menabung dan ibu bapa mungkin sudah boleh buka akaun bersama.

Terlalu banyak yang hendak disenaraikan, tetapi itulah normal-normal baru untuk kita ikuti dan mungkin untuk beberapa ketika akan kita patuhi demi keselamatan kita semua.



Sehingga 30 Mei ini, anda boleh berkongsi rezeki seikhlas hati bersama Saji dengan melayari laman Facebook https://www.facebook.com/SajiMalaysiaOfficial/. Sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan.

Anda juga boleh melayari https://shopee.com.my/kedaifgv untuk mendapatkan pelbagai barangan keluaran FGV yang bermutu dan berkualiti.



Pesanan ikhlas daripada Saji di hari yang mulia ini, walau tidak dapat bersama-sama di hari raya tetapi semangat hari raya mesti diteruskan. Biar jauh di mata, tapi jangan sesekali jauh di hati. Sediakanlah juadah hari raya, pakailah pakaian baru dan bergaya, walaupun hanya duduk di rumah tidak keluar untuk menziarah antara saudara mara.



Saksikan kisah ‘Kuah Kacang Ibu’ daripada Saji. Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin daripada Saji kepada semua umat Islam. Masak seikhlas hati, dengan Saji pasti menjadi.