Laman Utama

“Tahun Yang Tersangat Luar Biasa”- Shuib Sambut Birthday Tanpa Siti Sarah

gempak
Syafiqah Jalal
12/09/2021
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Tahun Yang Tersangat Luar Biasa”- Shuib Sambut Birthday Tanpa Siti Sarah
Pelawak Shuib Sepahtu akui sambutan hari jadinya kali ini amat luar biasa kerana diraikan tanpa kehadiran isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Menurut Shuib kebiasaannya September adalah bulan yang dinanti-nantikan olehnya dan Siti Sarah untuk meraikan ulang tahun kelahiran mereka bersama-sama kerana dia dilahirkan pada 12 September, manakala isterinya pula 15 September yang berkongsi tahun yang sama, 1984.
Namun tidak untuk kali ini kerana Siti Sarah sudah pun tiada selepas menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu.
"Tahun ini tiada sambutan hari lahir bersama, 12 September/ 15 September 1984.
“Usia 37 tahun yang tersangat luar biasa untuk Shahmira Bin Muhamad. Alhamdulillah, syukur di atas segala rahmat dan nikmat," katanya.
Shuib berkongsi luahan hatinya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Shuib berkongsi sekeping foto yang difahamkan ketika sambutan hari jadinya bersama keluarga beriadah di sebuah kawasan rekreasi air terjun susulan Lembah Klang kini beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.
Terdahulu, sebulan lalu Shuib kehilangan isteri tercintanya, penyanyi Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM selepas ditidurkan dan selamat melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan pada 6 Ogos lalu.
Pasangan ini berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live