Laman Utama

Tajuddin Kena Kompaun Lagi! Kali Ni Langgar SOP Tak Pakai Pelitup Muka Di Parlimen

Fiza Kamarudin
27/07/2021
22:40 MYT
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan satu kompaun dikeluarkan terhadap ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Tajuddin didapati bersalah kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di bangunan Parlimen, pada Isnin lalu.
Beh Eng Lai, berkata kompaun dikeluarkan selepas jam 10 pagi Selasa, selepas polis mengesan satu gambar dimuat naik seorang pengguna Twitter menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka.
"Siasatan mendapati beliau (Tajuddin) menghadiri Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen, semalam.
"Kira-kira jam 2.30 petang pada hari sama, beliau didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada bersama seorang individu lain di ruang legar Parlimen," katanya dalam sebuah kenyataan.
Susulan itu, katanya, satu notis kompaun dikeluarkan polis ke atas Tajuddin pada jam 1 tengah semalam, dan nilai kompaun akan diputuskan oleh pihak Pusat Kesihatan Daerah (PKD).
Eng Lai berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP PKP dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Tajuddin yang juga bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebelum ini dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan gagal memakai pelitup muka walaupun mengenakan pelindung muka ketika mengadakan sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, 25 Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Larian Maraton 200KM, Tiba Di Parlimen Dari Muar Selepas 4 Hari

gempak
01/07/2024
06:19 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi 'Langkah Muar', sejak Jumaat lalu.
Laman Utama

Takut Kena Tangkap, Wakil Rakyat Dipecat Sebab Tak Pernah Hadir Ke Parlimen

gempak
16/03/2023
16:00 MYT
Macam tu pula?
Laman Utama

PRU15: “Saya Terhutang Budi Pada Seluruh Rakyat Muar” - Berjaya Pertahan Muar, Syed Saddiq Ucap Terima Kasih

gempak
20/11/2022
02:51 MYT
Terima kasih orang Muo.
Laman Utama

“Karisma Mungkin Kurang Tapi Dari Segi Kecaknaan Isu, Dia Juara” - Rani Kulup Umum Bertanding Parlimen Port Dickson, Netizen Kata Onz!

gempak
27/10/2022
06:30 MYT
Kipidap ayahanda!
Laman Utama

"Macam Model!" - Keletah Spontan Cucu PM, Jeanelle Nika Datang Parlimen Curi Perhatian Ramai

gempak
17/11/2021
14:13 MYT
Amboi... bukan main Jeanelle Nika ni!