,
Laman Utama

Tajuddin Sudah Terima Surat Penamatan Perkhidmatan – “Saya Ucap Alhamdulillah & Terima Kasih Kepada Menteri”

Fiza Kamarudin
26/05/2021
23:35 MYT
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengucapkan 'terima kasih' kepada Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) serta merta.
Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.
“Saya sudah dapat surat. Baru terima petang tadi. Dia hantar surat, saya terima.
"Saya ucap Alhamdulillah dan terima kasih kepada menteri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Dalam pada itu, Tajuddin berkata, beliau akan membuat satu kenyataan berkenaan penamatan khidmatnya itu.
“Saya akan buat kenyataan kemudian. (Penamatan ini) bagi saya tidak mendesak sangat,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta - Kementerian Kewangan

gempak
26/05/2021
12:36 MYT
Keputusan dibuat oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) itu dipercayai berikutan terdapat desakan supaya Tajuddin meletakkan jawatan susulan kegagalan dan tiada rasa sensitif semasa mengendalikan sidang akhbar kejadian pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), baru-baru ini.
Laman Utama

Polis Siasat Tajuddin Tak Pakai Pelitup Muka

gempak
26/05/2021
04:40 MYT
Polis menjalankan siasatan berhubung rakaman video menunjukkan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak memakai pelitup muka
Laman Utama

Nahas LRT Kelana Jaya; Jawapan Pengerusi Prasarana Dikritik Netizen?

gempak
25/05/2021
16:01 MYT
Sidang media Prasarana yang menjadi kecoh!
Laman Utama

Tren Brek Mengejut, Penumpang Cedera

gempak
24/05/2021
14:15 MYT
Allahuakbar...
Unitar