Selepas hampir dua bulan merahsiakan, penyanyi Tajul Ariff bakal mendedahkan wajah puteri sulungnya, Adriana Carissa kepada umum hari ini.

Menariknya, pendedahan wajah anaknya itu akan dibuat menerusi video muzik lagu terbarunya, Ku Sayang Kau Rindu yang akan dilancarkan pada pukul 6 petang ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Tajul atau nama sebenarnya, Tajul Ariff Noor Md. Shari, 22, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Assalamualaikum semua, jangan lupa tau esok temu janji kita. Video muzik Ku Sayang Kau Rindu akan diterbitkan. Kalau korang nak tengok muka @adrianacarissa_ korang kena tengok. Terima kasih," tulisnya.

Aslm smua, jgn lupa taw esok temujanji kita. MV KUSAYANG KAU RINDU akan release. Klau korang nk tgok muka @adrianacarissa_ korang kene tgok? tq

A post shared by ??? Official account . Tajul (@tajulofficial) on

Perkongsian Tajul itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mereka berasa cukup teruja dan tidak sabar untuk mellihat sendiri wajah anak Tajul itu.

Menariknya, Tajul turut menampilkan isterinya, Nurul Shamieza Eddie, 24, dalam video muzik tersebut.

Video lirik lagu itu sudah mencecah lebih 156,000 tontonan di Youtube.

Terdahulu, Tajul selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 16 November lalu.

BACA: Tajul Dah Bergelar Bapa! Pilih Nama Adriana Carissa

Tajul mendirikan rumah tangga pada 23 Disember 2017.

Bagaimanapun, status perkahwinan tersebut hanya diketahui umum selepas hampir dua tahun merahsiakannya.

Dia hanya membuat pengakuan mengenai status dirinya itu pada Oktober lalu ketika isterinya sedang sarat mengandung.

BACA: "Takut Hilang Peminat.." - Tajul Dedah Sudah 2 Tahun Berkahwin, Isteri Kini Hamil 8 Bulan