Laman Utama
Tak Ada Adegan Bersentuhan, Lakonan Aeril Zafrel & Hannah Delisha Tetap 'Superb'!
Pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafrel, 33, menyatakan dia mempunyai 'chemistry' yang baik dengan aktres Hannah Delisha dalam drama Tercipta Satu Ikatan.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata dia tetap memegang prinsip untuk tidak bersentuhan dengan bukan mahram.
Namun, itu bukan menjadi penghalang untuk dia menjayakan watak sebagai Daniyal.
"Ini adalah kali pertama saya berlakon dengan Hannah. Alhamdulillah semua okey cuma saya tak boleh bersentuhan dan Hannah pula baru bertudung.
"Mungkin ada babak yang sepatutnya nampak lebih mesra, boleh bersentuhan tapi saya tak boleh buat. Saya cuba sampaikan sesuatu (lakonan dan karakter) tanpa perlu memegang individu bukan mahram," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Wawa Zainal akui Hannah mampu untuk pergi lebih jauh dalam industri lakonan tambahan pula dia mempunyai pakej yang lengkap.
Katanya, apa yang penting adalah pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch perlu menjaga diri sebaik mungkin supaya terhindar daripada perkara negatif.
"Hannah memang boleh pergi jauh dalam industri ini. Pertama sekali pakej dia cukup, dia cantik, orang suka tengok dia.
"Bagi saya dekat Malaysia ni kalau ada rupa tambah pula dengan bakat memang boleh pergi jauh. Cuma kita kena jaga diri kita sebab sekarang ini sekali kita di atas, bila-bila masa boleh jatuh.
"Hannah memang boleh pergi jauh cuma kena jaga diri saja untuk mengelakkan perkara-perkara negatif. Sekarang ini, dengan karakter yang dia bawa, insya-Allah orang akan suka dan dia boleh bertahan," katanya lagi.
Selain Aeril dan Hannah, drama arahan Pali Yahya ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Izzue Islam, Nadiyah Shahab, Sophia Albarakbah, Esma Daniel, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama Tercipta Satu Ikatan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Must-Watch Video