Skip to main content

Viral

IG Story Zaquan Adha Cetus Tanda Tanya, Siapa Individu Dimaksudkan?

Astro Gempak zaquan

Sekilas

  • Zaquan Adha meluahkan kekecewaan di Instagram Story terhadap seorang pemain bola sepak tempatan yang didakwa berubah sikap selepas popular.
  • Bekas penyerang kebangsaan itu menegur pemain terbabit yang didakwa terlalu mendabik dada dan membandingkan pengalaman mereka dalam arena bola sepak.
  • Hantaran Zaquan mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia mengenai identiti pemain tersebut dan isu kadar bayaran atau endorsement.

Arena bola sepak tempatan kembali ‘panas’ apabila bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak mencetuskan perhatian ramai menerusi beberapa hantaran di Instagram Story yang dipercayai ditujukan kepada seorang pemain bola sepak tanah air.

Dalam perkongsian yang kini mula tular di media sosial, Zaquan meluahkan rasa kecewa terhadap sikap seorang individu yang didakwa mula berubah selepas namanya semakin dikenali dalam arena bola sepak.

“Kau jangan ingat sekarang nama kau orang sebut-sebut kau boleh belagak… aku tak mintak duit kau la, aku tanya rate kau berape je… kau ingat aku hamak sangat dengan kau ke??? Budi bahasa kena ada…,” tulisnya.

Tidak terhenti di situ, Zaquan turut mengingatkan pemain terbabit supaya tidak terlalu mendabik dada dengan populariti yang dimiliki ketika ini.

“Aku pernah ada dekat tempat kau dulu… aku mungkin tak hebat macam kau, tapi setakat gambar kat billboard dulu aku pernah rasa… so ko tak payah belagak nak cakap rate kau tinggi… kau just bagitau je berape rate kau!!!!,” katanya lagi.

Lebih menarik perhatian, bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut memberi bayangan bahawa pemain berkenaan mungkin baru sahaja menikmati kemuncak karier selepas berjaya melangkah ke final kejohanan besar.

“Ingat kita tak selalu di atas… bila kau berhenti main bola satu hari nanti baru kau tahu langit tinggi ke rendah… masa akan sampai jugak satu hari nanti… tak selamanya kita akan berada di atas…,” luahnya.

Zaquan kemudian memuat naik satu lagi hantaran yang dipercayai ditujukan kepada individu sama.

“Player yang dah champion 12 cup pun tak sombong macam kau la. Baru masuk final S Cup je pun… nasib baik la JDT tak sign kau… puiiii,” tulisnya.

Setakat ini, Zaquan tidak mendedahkan secara spesifik nama pemain terbabit dan tiada kenyataan balas dikeluarkan mana-mana pemain yang dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.

Namun seperti biasa, ‘drama’ luar padang sebegini pasti menjadi bahan perbualan hangat peminat bola sepak Malaysia, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan figura besar yang pernah mencipta nama bersama Harimau Malaya.

Persoalannya kini, siapakah pemain yang dimaksudkan Zaquan? Dan adakah isu ini akan berakhir sekadar di media sosial atau bakal berlanjutan menjadi episod panas baharu dalam bola sepak tempatan?

Sumber: Stadium Astro & IGs Zaquan Adha

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Decathlon Men's Quick-Dry Football Shorts: Lightweight Training

Decathlon Men's Quick-Dry Football Shorts: Lightweight Training

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Manchester City 24/25 Authentic Home

Manchester City 24/25 Authentic Home

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

YONEX Match Plus Sport Socks SSM-1293-MP7-SR | Cushion Support | Antibacterial | 100% Original

YONEX Match Plus Sport Socks SSM-1293-MP7-SR | Cushion Support | Antibacterial | 100% Original

Must Watch Video

Advertisement