Kumpulan K-Pop terkenal Red Velvet, berkongsi keadaan terkini Wendy yang cedera teruk akibat kemalangan pentas baru-baru ini.

Menurut Red Velvet, Wendy kini dalam proses pemulihan dan belum boleh mengunyah makanan dengan sepenuhnya.

“Wendy tahu dirinya menjadi topik utama di media Twitter sehingga menjadi trending. Dia berasa gembira melihat sokongan yang diberikan peminat.

“Buat masa ini, Wendy masih belum boleh mengunyah sepenuhnya jadi dia hanya makan makanan yang lembut seperti telur dan juga stew.Namun dia mempunyai personaliti yang ceria jadi dia tidak menunjukkan kesakitannya.

“Secara jujurnya sebelum hadir ke sesi bertemu peminat ini kami berasa bimbang bagaimana mahu memberikan jawapan sekiranya ada soalan diajukan berkaitan dengan Wendy.

“Bagaimanapun tidak ada seorang peminat yang bertanya mengenai perkara itu dan kami sangat terharu dengan peminat yang begitu mengambil berat tentang kami.

“Kami memang marah dengan insiden yang menimpa Wendy dan berasa bersyukur kerana begitu ramai yang menghulurkan bantuan.

“Buat masa ini kami berempat akan meneruskan promosi dan akan membahagikan bahagian Wendy, jadi kami memohon maaf kepada anda semua sekiranya kami melakukan kesilapan.

“Wendy akan kembali selepas pulih sepenuhnya,” ujar Red Velvet.

Red Velvet berkata demikian ketika sesi bertemu peminat bagi mempromosikan lagu baru mereka berjudul Psycho semalam.

Terdahulu, Wendy mengalami kecederaan teruk selepas terlibat kemalangan semasa menjalani sesi latihan untuk konsert SBS Gayo Daejeon 2019 baru-baru ini.

BACA: Jatuh Pentas Di Ketinggian 2.5 Meter, Red Velvet Wendy Patah Tulang Pinggul Dan Pergelangan Tangan

Selepas menjalani pemeriksaan, Wendy dilaporkan mengelami kecederaan pada wajah, bahagian tulang pipi, patah tulang pinggul dan juga pergelangan tangan kanan.

Menurut saksi kejadian, Wendy terjatuh sewaktu pada ketinggian 2.5 meter.

Sumber: Allkpop