Dengan keadaan ekonomi sekarang, rakyat Malaysia kebanyakannya berhati-hati ketika berbelanja demi kelangsungan hidup.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian oleh seorang individu di Platform X, dia menerangkan bahawa dirinya sentiasa berduit dan tidak mempunyai sebarang masalah kewangan.

“I tak boleh relate bila orang cakap “tunggu gaji masuk baru boleh jalan-jalan” sebab I sentiasa ada duit.

“I rancang kewangan dengan baik. Simpanan I sekarang cukup untuk hidup selesa selama enam bulan jika menganggur,” tulis individu itu.

Akan tetapi, entri yang dibuat individu itu tidak disambut baik oleh warganet di mana rata-ratanya merasakan tidak semua orang bernasib baik dari segi kewangan.

BERITA TRENDING: Belanja Warga Asing Aiskrim & Yogurt, Lelaki Dapat Pujian Warganet

“Alhamdulillah abang ada kelapangan rezeki sebegitu. Tapi tak bermaksud orang lain tak pandai urus kewangan. Komitmen berbeza, keperluan keluarga berbeza,”

“Kenyataan sebegini rupa sekadar berkongsi dengan kawan-kawan sama career level okay lah. Tapi kalau dah kongsi dekat umum, dah ada baur-baur merendahkan-rendah,”

“Moga Tuhan tidak ‘menampar’ kamu dengan apa yang kamu bicarakan.”

Sekadar info, hantaran tersebut mendapat lebih 6 ribu tanda suka dan 4 juta tontonan di Platform X.

Sumber: Platform X