Berita
"Tak Cukup Ke Kucing dan Arnab, Tak Puas Ke Nafsu?" - Wardina Safiyyah
Pelakon dan pengacara popular, Wardina Safiyyah menyelar tindakan segelintir individu yang menjual haiwan eksotik sebagai binatang peliharaan.
Ujarnya, dia turut berasa marah dengan tindakan penjual kedai haiwan di negara ini yang sanggup menjual spesis tersebut pada harga beribu ringgit.
"Binatang rare macam ni bukan binatang peliharaan! Tak cukup ke kucing dan arnab, tak puas ke nafsu? Bersepah kucing dan anjing perlu dijaga di Malaysia," katanya dipetik menerusi Instagramnya, hari ini.
Wardina memberi nasihat perbuatan sedemikian berdosa apabila memperlakukan haiwan terbabit.
"Kau ambik dia dari habitat asal, kurung dia dan jual demi keuntungan dan wang. Such greedy heartless humans!
"Siapa yang pantau kedai2 haiwan yang tumbuh sana sini? Mereka sepatutnya bebas dan hidup gembira di habitat asal bukan dalam kurungan kecil seperti itu," katanya.
Tambahnya, haiwan liar bukan untuk dipelihara dan mereka tidak boleh dikurung.
"Celakanya manusia.. tamak sungguh ya kita ni. Alam kita musnahkan, binatang kita seksa demi duit dan nafsu," katanya.
Status Wardina itu turut mendapat pelbagai komen netizen yang bersetuju terhadap isu tersebut dan mahu Jabatan Perhilitan Malaysia mengambil tindakan.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @wardinasafiyyahofficial
Must-Watch Video