Laman Utama

Tak Dapat Beraya & Lakukan Marhaban Rumah Ke Rumah, Mawi Reda!

gempak
Hanafis Haris
20/05/2021
01:20 MYT
Sponsor Banner
Tak Dapat Beraya & Lakukan Marhaban Rumah Ke Rumah, Mawi Reda!

Penyampai radio Zayan, Mawi reda dengan arahan kerajaan yang mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum sambutan Syawal bermula.

Menurut Mawi atau Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, ini merupakan tahun kedua dia beraya dalam situasi PKP dan redha perlu patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang diarahkan oleh pihak Kerajaan.

“Keluarga dan adik-beradik saya masih di kampung, tiada apa yang mencabar cuma tahun ni sedikit berbeza sebab tak dapat beraya bersama keluarga di kampung,” katanya.

Jelasnya, antara yang dirindui ketika beraya di kampung juga amalan melakukan marhaban.

“Kemeriahan di kampung saya agak berlainan kerana kami menjalankan aktiviti Marhaban dari rumah ke rumah di pagi raya, dan sekarang kita tak dapat lakukan,” katanya.

Dalam pada itu Juara Akademi Fantasia 3 (AF3) ini turut menasihatkan orang ramai supaya bersabar dengan apa yang berlaku dan pada masa sama peka dengan keadaan sekeliling.

“Rata-rata ramai yang sedih sebab tak dapat balik kampung, nak beraya dengan keluarga semua.

“Tapi kita perlu peka dengan keadaan yang berlaku dan utamakan keselamatan. Arahan kerajaan untuk tidak rentas negeri dan sebagainya perlu kita ikut dan ia merupakan satu arahan yang baik buat semua,” katanya.

Sekadar info, aktiviti marhaban atau baraan merupakan tradisi mengunjungi rumah saudara, kenalan dan jiran sekampung oleh penduduk sekitar Johor.

Baraan yang merupakan istilah dalam bahasa Jawa bermaksud berjalan-jalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada Aidilfitri yang merupakan tradisi masyarakat itu.

Apapun jangan lupa dengarkan Zayan menerusi FM Stereo 104.9 Mhz (Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pahang Barat, Perak Selatan) dan 98.1 Mhz (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara).

Juga melalui frekuensi 106.4 Mhz (Perak Tengah), 91.6 Mhz (Pahang Timur, Terengganu Selatan), 98.9 Mhz (Melaka, Johor Utara) serta 92.8 Mhz (Johor Selatan, Singapura, Batam Indonesia)

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live