Laman Utama

Tak Dapat Naik Podium Sukan Olimpik Tokyo, Pandelela Rinong Anggap Nasi Sudah Menjadi Bubur

gempak
Fiza Kamarudin
05/08/2021
23:50 MYT
Sponsor Banner
Tak Dapat Naik Podium Sukan Olimpik Tokyo, Pandelela Rinong Anggap Nasi Sudah Menjadi Bubur
Penerjun 10m platform wanita negara, Pandelela Rinong, menganggap nasi sudah menjadi bubur berikutan hasratnya untuk memanjat podium Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam, tidak kesampaian.
Dia yang menduduki tangga ke-12 dalam final 10m platform individu di Pusat Akuatik Tokyo itu, bermula kurang baik dalam terjunan pertamanya, sekali gus menduduki tempat terkebelakang.
"Saya rasa semifinal (prestasi yang saya pamerkan adalah) lebih baik.
"Memang terkejut sebab tidak sangka jadi begitu.
"Masa latihan semuanya menjadi, oleh itu saya terima sahajalah.
"Jurulatih kemudian berpesan agar terus lompat dan berikan aksi terbaik," katanya ketika ditemui Astro Arena.
Antara punca yang mengakibatkan Pandelela meraih 18 mata dalam terjunan adalah kerana kakinya terkena platform.
Walaupun berusaha keras dalam terjunan berikutnya dan mendapat 71.05 mata namun ia tidak mampu mengubah nasibnya dalam pemburuan pingat.
Bagaimanapun, di laman laman sosial Twitter, nama Pandelela Rinong menjadi trending di Malaysia trends dengan lebih 82 ribu kali ciapan.
Rata-rata pengguna media sosial itu mengucapkan tahniah kepada wira negara itu kerana telah berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir.
Pengguna Twitter turut mengimbas kembali kejayaan Pandelela yang telah memenangi pingat emas di FINA Diving World Cup 2021.
Malah beberapa siri kejayaan Pandelela sebelum ini juga sudah cukup untuk membuatkan rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live