Laman Utama

Tak Dapat Ucapan Raya, Ibu Dakwa Pelakon Diberi Minum Air Syaitan

gempak
Maliah Surip
24/04/2023
13:49 MYT
Sponsor Banner
Tak Dapat Ucapan Raya, Ibu Dakwa Pelakon Diberi Minum Air Syaitan
Ibu kepada pelakon Indonesia, Indah Permatasari, Nursyah Mustamin mengaku sekali lagi menyambut Lebaran tanpa kepulangan anak perempuannya itu.
Bukan hanya tidak pulang menyambut raya bersama keluarga, Nursyah juga memberitahu Indah yang sudah berkahwin dengan pelakon Arie Kriting tidak memberi ucapan Aidilfitri atau meminta maaf kepadanya.
Pengakuan itu dibuat saat Nursyah melakukan siaran langsung di Instagram. Salah seorang netizen bertanya bagaimana hubungannya dengan Indah yang diketahui memang tidak baik selepas perempuan tersebut memilih berkahwin dengan Arie.
"Jangankan ucapan Lebaran, bertemu dengan sama saya beberapa tahun yang lalu, beberapa bulan yang lalu pun dia cuma berlalu pergi," ujarnya dalam siaran langsung seperti dilaporkan InsertLive.
Nursyah juga mengatakan apa yang ada dalam kepala anaknya hanyalah Arie Kriting sehingga lupa kepada dirinya dan keluarga.
"Yang di kepalanya Indah itu cuma si kribo (Arie) dengan keluarganya," ungkapnya.
Tak hanya itu, Nursyah juga mengesyaki Indah telah dibutakan oleh keluarga Arie dengan perbuatan syirik atau ‘guna-guna’.
"Kalau sudah sampai di sana (kampung halaman Arie Kriting), otaknya sudah mati, diberi mandi, diberi minum dengan air, air syaitan," ucapnya sambil ketawa.
Hubungan dingin Nursyah dengan Indah sudah berlarutan sejak dia tidak merestui perkahwinan anak perempuannya dengan Arie.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live