Viral

"Tak Faham Diam Je Tak Payah Bising!" - Haneesya Hanee Sudah Ampunkan Netizen Celupar

gempak
Amri Hassan
02/10/2019
03:07 MYT
Sponsor Banner
"Tak Faham Diam Je Tak Payah Bising!" - Haneesya Hanee Sudah Ampunkan Netizen Celupar
Pelakon dan model Haneesya Hanee memberitahu dia sudah memaafkan individu yang didakwa menghinanya menerusi akaun Twitter baru-baru ini.
Jelas Haneesya, kedua-dua pihak sudah berdamai dan tidak sepatutnya timbul sebarang isu berbangkit selepas ini.
"Memandangkan kedua-dua belah pihak sudah minta maaf, saya tiada masalah lagi dengan mereka dan mereka pun sama.
"Jadi, saya akan memadamkan video (laporan polis dan amaran ibu) itu. Terima kasih kerana berkongsi rasa sayang dan kebencian.
"Sesungguhnya orang tidak akan berhenti dan ia membuatkan rasa rasa jengkel apabila orang susah nak faham.
"Saya mempertahankan apa yang saya perjuangkan! Anda yang tak faham dam je tak payah bising," tulisnya menerusi akaun Twitter malam tadi.
Terdahulu, tular rakaman video ibu Haneesya, Nor Sakuraneeda yang mendakwa beberapa pihak telah cuba menganiaya dan mengugut anaknya dengan cara menyamakan dengan bubble tea dan Hajarul Aswad.
BACA: Isu Panggilan Hitam, Ibu Haneesya Hanee Buat Laporan Polis! Bakal Heret Netizen Ke Mahkamah
Susulan tindakan itu, Nor Sakudaneeda telah membuat laporan polis dan memohon pihak terbabit meminta maaf dalam tempoh dua minggu.
Sejurus selepas video berkenaan tular, pemilik-pemilik akaun Twitter berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Haneesya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024