Filem: Surat Kecil Untuk Tuhan
Pelakon: Bunga Citra Lestari, Joe Taslim, Bima Azriel, Izzati Khanza
Pengarah: Fajar Bustomi
Genre: Drama
Durasi: 120 minit
Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2017
Bintang: 4/5
Ulasan penulis:
Membaca judulnya pun sudah membuatkan hati bungkam. Cuba rasakan sendiri penangan sutradara Fajar Bustomi kali ini, kerana sentuhannya luar biasa!
Mengapa kami sifatkan sedemikian? Kerana setiap saat yang berlalu dalam Surat Kecil Untuk TUhan (SKUT) pasti membuatkan anda mengalirkan air mata.
Bermula tiga minit pertama pun keperitan hidup anak-anak gelandangan sudah dirasai oleh penonton. Hingga babak akhir pun, kami yakin anda akan masih teresak-esak!
Tambah pula, lagu Ambilkan Bulanku menghembuskan nyawa dan terus melatari perjalanan melankolika SKUT.
Emosi luar biasa
SKUT mengisahkan kehidupan dua beradik Anton dan Angel yang terpisah disebabkan satu kemalangan jalan raya ketika sedang mengemis.
Diperankan penuh berkesan oleh Bima Azriel dan Izzati Khanza, dua pelakon cilik itu sudah memadai membuai emosi.
Anton, Angel dan beberapa kanak-kanak yatim piatu dijaga oleh Om Rudi, seorang ketua agen sindiket pemerdagangan kanak-kanak dan organ di Indonesia.
Pujian untuk pelakon cilik filem ini yang menumpahkan air mata tanpa sia-sia.
Menginjak dewasa, watak Angel diserahkan kepada Bunga Citra Lestari yang kami sifatkan perletakan itu paling tepat!
Pernah mengheret emosi penonton dalam beberapa naskhah filem terdahulu seperti Habibie & Ainun, Bunga sekali lagi mempersembahkan kehebatannya berlakon dalam filem sarat air mata.
Rasa depresi, gelap dan sepi itu menebal dalam watak Angel daripada satu babak ke satu babak hingga hujung filem.
Malah, gandingannya bersama Joe Taslim buat kali pertama tidak menghampakan.
Joe juga yang sering melakonkan watak aksi bagaimanapun kali ini memberikan saingan dan kombinasi serasi dengan Bunga.
Kisah anak gelandangan dan isu pemerdagangan organ merupakan satu kemelut sosial yang berat untuk dikupas namun filem ini menterjemahkan dimensi berbeza untuk difahami dan dirasai oleh masyarakat.
Teknik terbaik
Jalan cerita, susur masa dan olahan yang berkesan menambahkan nilai sentimental dalam SKUT.
Elemen suspens dan perkembangan babak juga cemerlang. Phasing SKUT lancar biarpun durasinya 120 minit (mungkin ada yang mengeluh terlalu lama).
Sementara permainan sinematografi Yudi Datau (yang pernah mengarahkan sinematografi Arisan! dan Denias Senandung Di Atas Awan) juga sangat kemas dan berjaya membawa penonton merasai alam anak-anak gelandangan.
Boleh disimpulkan, percaturan untuk membawa masalah sosial semasa ke ruang komersial layar perak kali ini menjadi!
Jadi, sediakan emosi sewajarnya untuk menonton Surat Kecil Untuk Tuhan yang pastinya meruntun hati!
Teks oleh: Amri Hassan
Amri Hassan
Wed Jul 26 2017
"Arwah Alami Kekejangan Lepas Solat Subuh" - Isteri Nabil Zamanhuri
Isteri kepada bekas pengacara dan penyanyi, Nabil Zamanhuri, Adelia Citra Hapsari, 36 memaklumkan suaminya itu dipercayai mula menunjukkan tanda kurang baik ketika selesai untuk menunaikan solat subuh, pagi tadi.
Cara Semakan Keputusan SPM 2023 Yang Akan Diumumkan Esok!
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024.
Taman Hiburan Terbakar, Ragut 27 Nyawa Di India... Ramai Kanak-Kanak
Kebakaran di sebuah taman hiburan di Bandar Rajkot, Gujarat sebuah negeri di barat India pada Sabtu meragut 27 nyawa, termasuk ramai kanak-kanak.
Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine
Soladiriti artis dan pendakwah Malaysia untuk Palestin.
Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia
Bekas penyanyi dan pengacara, Nabil Zamanhuri,37 dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Ahad ini.
Hafeez Mikail Bakal Timang Baby Girl!
Pelakon, Hafeez Mikail mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung perempuan.
Sebulan Kahwin, Syasya Buat Lunch Box Buat Suami - "Main Masak-Masak"
Sepotong video yang memaparkan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal membuat bekal buat suaminya berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
“Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak
Sepotong video memaparkan momen manis pelakon, Fizo Omar melawat anak perempuannya, Wan Maryam di sekolah berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
Campak Telefon Suami Keluar Kereta Sebab Tak Dilayan, ‘Content’ Pasangan Ini Dikritik Warganet
Setiap gurauan ada hadnya. Dan mungkin luahan seorang pengguna media sosial yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu kandungan yang disifatkan sebagai ‘bodoh’.
Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Lauren Tsai, Ini Respons Agensi Park Seo Joon
Awesome ENT selaku agensi yang menaungi aktor popular Korea Selatan, Park Seo Joon memberi maklum balas terhadap khabar angin mengenai hubungan cinta aktor mereka dengan Lauren Tsai.