,
Viral

Tak Hiraukan Larangan Bergambar, Lelaki Mati Dipijak Gajah Depan Tunang

Maliah Surip
10/07/2024
13:00 MYT
Seorang pelancong dari Sepanyol maut dalam keadaan mengerikan selepas dipijak sekumpulan gajah yang berang dengan tindakannya turun dari kenderaan untuk merakamkan gambar.
Insiden tragis tersebut turut disaksikan tunang dan dua lagi penumpang yang sedang melakukan lawatan di Pilanesberg National Park, Afrika Selatan, lapor DailyMail.uk.
Menurut saksi, pelancong berusia 43 tahun tersebut telah dilarang turun dari kenderaan yang dinaiki selepas ternampak sekumpulan gajah berdekatan mereka.

BERITA TRENDING: Karma! Pemburu Maut Dihempap Gajah Yang Ditembak Rakan

Tanpa menghiraukan larangan, dia telah menghampiri kumpulan enam ekor gajah tersebut untuk bergambar dengan lebih dekat.
Tindakan tersebut mengundang padah apabila kumpulan gajah tersebut berasa terancam, terutama kerana mempunyai anak gajah lalu menyerang lelaki tersebut.
Dia maut selepas dikejar dan dipijak walaupun cuba berlari menyelamatkan diri untuk kembali ke kenderaan yang juga terancam diserang kumpulan gajah tersebut.
Lebih mengerikan darah memercik dengan banyak di tanah selain beberapa bahagian badan yang patah telah disaksikan oleh tunangnya yang meraung ketakutan dan kesedihan.
Pilanesberg National Park merupakan salah satu tarikan popular pelancong dan pernah dilawati oleh bintang bola sepak England termasuk David Beckham bersama Wayne Rooney sewaktu mengikuti kempen World Cup pada tahun 2010.
Mengikut peraturan yang dikeluarkan pihak bertanggungjawab, pelancong dilarang turun dari kenderaan untuk mendekati haiwan liar di kawasan tersebut dan larangan tersebut turut dicatatkan pada tiket masuk.

BERITA TRENDING: Ratusan Gajah, Seladang & Kuda Belang Mati Di Kenya Kerana Kemarau

BERITA TRENDING: Tular Sekumpulan Gajah Liar Naik Bukit, Ramai Kata Petanda Bencana Besar Tapi…

BERITA TRENDING: Ibu Bapa Ini Kembara Dunia Sebelum 3 Anaknya Buta: “Kami Tidak Mahu Mereka Kenal Gajah Hanya Dari Buku”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Viral

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

gempak
04/09/2024
21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh,  Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.