Laman Utama
Tak Jaga Hati Golongan Kulit Gelap, Syatilla Melvin Kena Kecam Lagi - "Ingatkan Dah Cukup Pandai Rupanya Masih Belum Berpendidikan ..."
Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin, 31, kelihatan menerima kecaman daripada netizen namun itu bukan perkara baharu bagi empunya diri.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Syatilla telah memuat naik video transformasi daripada kulit gelap ke kulit cerah.
Difahamkan, content itu adalah untuk mempromosikan produk kosmetik menerusi jenama Kekasih by The Melvins.
"Nampak ke nampak sangat weiiii! Dari muka macam tapak kaki ke #mukakulitteloq," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan tindakan itu kerana menyentuh isu sensitif iaitu warna kulit.
Malah, ada segelintir yang menyelar cara pemasaran murahan yang sudah menyinggung perasaan orang lain.
Sebelum ini, Syatilla pernah ditegur selepas didakwa menggunakan foto berunsur lucah dan double meaning untuk mempromosikan minuman jamu jenama Pengaseh.
Must-Watch Video