Skip to main content

Berita Tempatan

“Tak Kan Lupa Pula Sarung Seluar Kat Kepala”- Abam Bocik

abamjalur.jpg
Terkesan dengan isu tular di laman sosial apabila Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di beberapa buah lokasi, pelawak Abam Bocik tampil meluahkan pendapatnya.
 
Abam kelihatan seperti marah dengan tindakan pihak tersebut yang tidak menghormati Jalur Gemilang, lebih-lebih lagi menjelangnya hari Kemerdekaan ke-62 yang bakal tiba.
 
“Pembelajaran hari ni.... Kepada yang tak mengetahui cara-cara gantung bendera MALAYSIA boleh tengok sini okay... Dan maksud JALUR GEMILANG.. Come on rakyat MALAYSIA... 
 
"Merdeka nak masuk ke-62 tahun... Ibarat hari hari pakai seluar... tak akan lupa pula sarung seluar kat kepala," tulisnya.
 
Abam berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
 
Menerusi perkongsian tersebut Abam memuat naik maksud Jalur Gemilang dari segi bentuk dan warnanya.
 
Rata-rata pengikutnya turut menyokong kenyataan Abam dan berpendapat ia tidak patut berlaku.
 
 

Advertisement

Must-Watch Video