Laman Utama
“Tak Kan Nak Keluar Je Baru Nak Cantik” - Memey Suhaiza Bersiap Depan Suami Walaupun Duduk Rumah
Pelakon Memey Suhaiza mencuri perhatian ramai apabila tetap tampil cantik dan bersiap meskipun hanya duduk di rumah sebagai langkah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menerusi laman sosial Instagram, Memey memuat naik sebuah video aktivitinya di rumah untuk tatapan umum.
“Day 2 lockdown, tips nak kekal bersemangat setiap hari. Bangun pagi, bersiap cantik-cantik juga baru kita rasa bersemangat.
“Takde malas-malas, tak kan nak keluar je baru nak cantik. Suami kan ada rumah. So kita cantik untuk suami,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian video berdurasi 30 saat itu, Memey kelihatan cantik dan ceria melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak untuk suaminya aktor Norman Hakim, menemani Norman makan serta membersihkan lantai rumah menggunakan pembersih vakum.
Sementara itu di ruangan komen, video Memey tersebut maklum balas positif wargamaya apabila ramai yang bersetuju dengan pendapat Memey bahawa duduk di rumah juga perlu bersiap.
Malah, ada yang turut memuji penampilan serta kediaman mereka sekeluarga yang tampak cantik dan bersih.
“Cantik la rumah Memey, bersih je. Memey lagi cantik, suka tengok. Alahai beruntungnya Norman,” komen seorang wargamaya.
“Rajin sangat Memey ni, tak reti duduk diam,” usik seorang wargamaya.
“Setuju sangat. Saya setiap hari pakai cantik-cantik. Selesa sangat,” kata seorang wargamaya.
“Untung perempuan cantik boleh nari-nari serve suami makan,” tulis seorang wargamaya.
“Betul, kena cantik-cantik depan suami,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 300,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 32, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada September 2011.
Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, berusia dua tahun.
Must-Watch Video