Laman Utama
“Tak Kan Tu Pun Nak Kecam…”- Isteri Lan Solo Bawa Anak Blonde Rambut Sebelum PKP
Isteri kepada Lan Solo, Sheila Hasim lega kerana sempat membawa anak-anaknya mewarnakan rambut sempena Raya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.
Menurut Sheila dengan berseloroh, Lan terpaksa berhabis duit demi melayan kerenah empat orang anaknya yang mahu mewarnakan rambut mereka.
“Nasib baik sempat pergi blonde rambut! PKP wak…Malas dah KY nak fikir kenapa dan kenapa..
“Awak semua tau tak.. Buat rambut diorg berempat ni je..Boleh botak kepala daddy beliau tau..
“Tak kan tu pon nak kecam.. duit daddy depa.. bukan duit ampa..,” katanya.
Sheila berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambahnya lagi, dia juga berharap Lan akan memberi sesuatu untuknya.
“Mommy? Blom tau lagi daddy nak bagi apa.. .Gelang emas kot no..
“Ehhh.. laki kita wak.. tak guna duit awak dan laki awak..Tapi kalau nak bagi.. kite sebatttt...,” beritanya berseloroh.
Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya termasuk yang mempersoalkannya.
“Wow rambut raya! Anak-anak sure happy kan,” komen salah seorang pengikutnya.
“Nak tanya je ..boleh ke rambut colour pegi sekolah?,” persoal salah seorang netizen.
“Please jangan ajar anak colour rambut,” minta salah seorang warga maya.
Sheila mendirikan rumah tangga dengan Lan pada 5 Disember 2009 dan mereka mempunyai empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5 dan Nur Amna Quxandra, 3 tahun.
Must-Watch Video