Laman Utama

“Tak Kena Jahit Ke Aktif Je” - Netizen Persoal Ain Edruce Berjalan Laju Selepas Bersalin Secara Normal

gempak
Azwa Rahman
23/05/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
“Tak Kena Jahit Ke Aktif Je” - Netizen Persoal Ain Edruce Berjalan Laju Selepas Bersalin Secara Normal
Pelakon Ain Edruce mencuri perhatian wargamaya apabila kekal aktif, segar dan sudah boleh berjalan laju walaupun baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya secara normal.
Menerusi laman sosial Instagram, Ain berkongsi sebuah video berjalan-jalan di sekitar wad tempatnya bersalin di sebuah pusat perubatan Swasta di Selangor.
“Cara nak happykan nurse kat @sunwaymedical, cian dorang penat jaga Ain dari pagi sampai malam. Kita shoot ala-ala room tour konon depan diorang. Seronok eh sial gelak-gelak semua.
Pregnancy experience Ain dekat sini best sangat-sangat. Next anak nak sini lagi,” tulis Ain di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi satu minit itu, Ain kelihatan aktif berjalan melakukan room tour sambil menunjukkan kemudahan yang ada di wadnya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat aksi Ain bergerak laju walaupun sudah memasuki tempoh berpantang.
Malah, ada yang turut mempersoalkan keaktifannya kerana menurut mereka seharusnya ibu yang baru melahirkan secara normal perlu berjalan perlahan.
Serius tak nampak macam baru lepas bersalin,” ujar seorang wargamaya.
"Semoga aku lepas mengandung, nak bersalin and lepas bersalin happy go lucky macak Ain," luah seorang wargamaya.
Tah Ain ni bersalin ke tak? Macam takde apa-apa berlaku pun,” usik seorang wargamaya.
Macam tak sakit je lepas bersalin. Kalau kita nak jalan pun terkepit-kepit lagi, adoi,” kata seorang wargamaya.
Tak macam orang baru lepas beranak je. Ain jalan slow-slow tau, kepit macam minah Jepun. Take care,” pesan seorang wargamaya.
Tak kena jahit ke aktif je hihi,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir suku juta tontonan daripada wargamaya.
Minggu lalu, Ain melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.79 kilogram secara normal selepas berbelas-belas jam bertarung dengan kesakitan kontraksi sebelum bersalin.
Untuk rekod, Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan bertunang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live