Bollywood

Tak Kenal Saif Ali Khan, Pembawa Beca Cerita Pengalaman: “Dia Berdarah..”

gempak
Maliah Surip
18/01/2025
15:01 MYT
Sponsor Banner
Tak Kenal Saif Ali Khan, Pembawa Beca Cerita Pengalaman: “Dia Berdarah..”
Berita aktor Bollywood Saif Ali Khan yang ditikam perompak di kediamannya di Mumbai, India pada Khamis lalu masih menjadi buah mulut peminat dan media massa.
Selain isteri, Kareena Kapoor menyifatkan insiden yang berlaku sebagai sangat mencabar dan mohon diberikan ruang, pembawa beca yang membawa Saif Ali ke hospital turut menceritakan pengalaman menyelamatkan aktor tersebut.

Berlumuran darah

Bhajan Singh memberitahu becanya ditahan di kawasan kediaman aktor tersebut oleh pembantunya yang dikenali sebagai Hari dalam keadaan kelam kabut.
“Saif Ali naik dulu diikuti pembantunya Hari dan anak, Taimur,” katanya.
Dia mengaku tidak mengenali penumpang yang dibawa dalam keadaan cemas ke hospital adalah Saif Ali Khan.
Menurutnya apa yang difikirkan pada waktu itu adalah memilih jalan paling pantas untuk tiba ke hospital selepas becanya dinaiki tiga penumpang dengan salah seorang berlumuran darah.

“Saya tidak kenal dia (Saif Ali Khan). Dia berlumuran darah dan menahan sakit tapi kekal tenang.

“Dia hanya bertanya berapa jauh ke hospital dan saya beritahu akan menggunakan jalan terpantas ke sana yang mengambil masa dua minit,” cerita Bhajan Singh kepada Times of India.
Sementara itu Saif Ali Khan dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan.
Pihak berkuasa tempatan menafikan insiden tersebut berkaitan dengan gangster.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024