Nia Ramadhani, nama jelitawan Indonesia yang kini sedang meraih perhatian netizen susulan isu penangkapannya terkait kes penyalahgunaan syabu.

Bintang sinetron popular Bawang Putih Bawang Merah itu bukan baru bahkan namanya sering menjadi bualan ramai tidak kira di negara asalnya begitu juga di Malaysia.

Sering tampil dengan pelbagai kenyataan melucukan, Nia, 31, digambarkan netizen sebagai wanita beruntung yang memiliki segala-galanya, bahagia dengan anak-anak, keluarga dan mewah dengan harta.

Apa kata kita imbas semula kisah Nia Ramadhani yang pernah menuai perhatian khalayak wargamaya!

1. Tak tahu kupas buah salak

Suami Nia, Ardi Bakrie pernah berkongsi di Instagramnya bahawa isterinya itu tidak pandai mengupas buah salak.

Ketika berada di sebuah restoran, Ardi menyakat Nia untuk mengupas buah tropikal itu namun Nia keliru sama ada perlu mengupasnya menggunakan pisau atau digigit.

BACA: "Tuhan Ciptakan Dia Sempurna, Hanya Tak Pandai Buka Buah Salak" - Nia Ramadhani Jadi Bahan Usikan Netizen

2. Tak tahu goreng telur, tak kenal tempe

Nia terus menjadi sorotan sejak tahun 2020 apabila gelagatnya tidak tahu menggoreng telur tular di laman media sosial.

BACA: Tak Tahu Goreng Telur, Nama Nia Ramadhani Trending Di Twitter

Kebingungan, aksi Nia dalam rancangan Ngopi Dara terus jadi bualan hingga kini.

Baru-baru ini pun, Nia menjadi buah mulut ramai apabila mengakui tidak mengenali makanan popular Indonesia iaitu tempe.

BACA: Nia Ramadhani Tak Kenal Tempe, Bingung Bila Ditanya Nak Beli Berapa Banyak

3. Tak pernah makan rambutan

Selain takut menggoreng telur, Nia viral apabila mengakui tidak tahu mengupas buah-buahan dan tidak pernah merasa buah rambutan.

Hal itu terbongkar apabila diberikan cabaran oleh pengacara Ngopi Dara, Jessica Iskandar untuk mengupas rambutan dan mangga.

Kata Nia dia bukan individu yang gemarkan buah-buahan sejak dari kecil.

BACA: Nia Ramadhani Tidak Pernah Makan Buah Rambutan & Tak Pandai Kupas Buah

4. 17 Tahun Tak Cuci Pinggan Mangkuk

Mula menjadi artis sejak umur 7 tahun, Nia akui sudah 17 tahun tidak pernah mencuci pinggan sendiri. Kali terakhir katanya ketika berusia 12 tahun.

BACA: Fuh! Sudah 17 Tahun Nia Ramadhani Tak Cuci Pinggan Mangkuk

5. Pakaian seksi di pantai & kubur walau bergelar hajah

Nia turut menjadi sorotan kontroversi menerusi beberapa episod berpakaian seksi biarpun sudah berstatus hajah.

Jun lalu, aksi seksinya berbikini di Bali turut mencuri perhatian ramai. Malah sebelum ini pun Nia turut terpalit dengan kecaman netizen.

BACA: "Hargailah Kaabah Yang Disentuhmu" - Muat Naik Foto Seksi Tepi Pantai, Nia Ramadhani Terima Reaksi Sinis Netizen

Malah, Nia dikritik apabila tampil dengan pakaian kurang sopan ketika menziarah kubur arwah bapanya, Prya Ramadhani.

BACA: "Kaya Harta Miskin Akhlak" - Cara Nia Ramadhani & Suami Berpakaian Ketika Ziarah Kubur Bapa Dikecam

6. Bela anjing

Tidak berselindung, Nia mempamerkan anjing peliharaannya yang sering melakukan aktiviti bersamanya di rumah.

Sedar dirinya dikecam memelihara anjing walaupun muslim, Nia tampil memberikan penjelasan kepada pengikutnya.

BACA: Dikritik Pelihara Anjing, Nia Ramadhani; "Seperti Terlalu Sombong Mahu Menghakimi"

BACA: Terlajak Kaya, Nia Ramadhani Sewa Rumah Untuk Melepak Harga RM130,000



7. Tak boleh jadi pengacara

Nia dikecam ramai apabila gagal menjadi hos di TikTok Award Indonesia ketika bergandingan dengan Raffi Ahmad, hinggakan dia memukul diri sendiri.

BACA: Insiden Gagal Jadi Hos Di TikTok Awards Indonesia, Nia Ramadhani Pukul Diri Sendiri

8. Kurang zat besi

Nia dinasihati untuk mendapatkan suntikan tambahan zat besi bagi merawat masalah kesihatannya itu. Kesan daripada kekurangan zat besi, Nia cepat letih dan penat.

BACA: Tangan Nia Ramadhani Tak Boleh Diangkat Sebab Kurang Zat Besi, Tapi Degil Juga Main Golf

9. Dulu susah sekarang senang

Namun, Nia juga pernah melalui zaman sukar ketika dari zaman kanak-kanaknya. Sentiasa bersyukur dengan apa yang dilimpahi kepadanya, Nia juga memberikan kebahagiaan buat anak-anaknya.

BACA: Susah Hidup Nia Ramadhani Dulu, Pergi Sekolah Naik Van Tambang

BACA: Nia Ramadhani Mula Bekerja Di Usia 9 Tahun Demi Biaya Sekolah

BACA: Saat Nia Ramadhani Curhat; "Jatuh, Bangkit, Tumbuh, Belajar"

BACA: Tentukan Cita-Cita, Nia Ramadhani Larang Anak Lelakinya Jadi Artis



10. Perfect life! But...

Kebahagiaan Nia juga sering dicemburui ramai. Bahkan, Nia tidak membantah sekiranya suaminya ingin berkahwin lain.

BACA: Bangga Rumah Tangga Bertahan 10 Tahun, Nia Ramadhani Kongsi Tips Kebahagiaan

BACA: Suami Bagi Hint Nak Kahwin Lain, Nia Ramadhani Tak Kisah

BACA: Nia Ramadhani Akan Diusir Suami & Mentua Keluar Dari Rumah Sekiranya Melakukan Perkara Ini!

Sehinggalah baru-baru ini Nia ditahan oleh pihak berkuasa dan wajahnya yang cengkung menjadi sorotan netizen.

BACA: Nia Ramadhani Mengaku Hisap Syabu Sudah 5 Bulan, Netizen Tepek Balik Gambar Muka Pucat & Cengkung

BACA: Nia Ramadhani & Suami Ditangkap Polis Kerana Kes Dadah?

Apapun, ramai yang masih merindui keletah dan kenyataan lucu yang sentiasa menghiburkan peminatnya di mana-mana saja. Kembalikan Nia Ramadhani yang dulu...