Laman Utama
“Tak Kisah Astra Ke, Astaghfirullah Je Sekarang Ni” - Nampak Macho, Rupanya Kaml Adli Takut Jarum
Gelagat pelakon Kamal Adli sewaktu menerima suntikan vaksin menarik perhatian ramai.
Menerusi video pendek yang dikongsi Kamal di akaun Instagramnya, jelas kelihatan tunang kepada aktres Uqasha Senrose ini sedang cuba menenangkan dirinya sambil berbual.
Paling lucu apabila Kamal mula bercakap dengan laju dan kelihatan sedikit gelabah sebelum menerima suntikan.
Advertisement
“Tak kisah Astra ke, Astaghfirullah je sekarang ni. Allah… Allah… Bila nak masuk jarum tu” ujar Kamal.
Bagaimanapun sebaik sahaja selesai dicucuk, Kamal kemudiannya melawak seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Saya dah cakap dah benda ni tak ada apa-apa,” katanya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengusik Kamal.
Sekadar info, dalam istilah perubatan, ketakutan pada jarum dinamakan sebagai trypanophobia, iaitu ketakutan yang melampau terhadap prosedur perubatan yang menggunakan jarum.
Ini termasuklah semua bentuk suntikan memasukkan ubat, pengambilan darah ataupun apa sahaja yang melibatkan penggunaan jarum.
Must-Watch Video