Laman Utama

“Tak Kisah Berniaga Tepi Jalan, Berpanas Atau Hujan” - Isteri Kini Tokey Kopi, Syukur Aril Beri Sokongan Buat Business

gempak
Mya Amri
10/12/2022
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Tak Kisah Berniaga Tepi Jalan, Berpanas Atau Hujan” - Isteri Kini Tokey Kopi, Syukur Aril Beri Sokongan Buat Business
Isteri penyanyi Aril Pilus, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin bersyukur kerana memiliki suami yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua kerjaya diceburinya.
Menurut Puteri, Aril merupakan sumber kekuatan dan pemangkin semangat buat dirinya untuk memulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.
“Saya memang suka berniaga. Macam-macam saya cuba. Tapi semuanya atas talian. Sebelum ini saya mencari cari perniagaan yang serasi, yang berkualiti, dan bagus.
“Saya tak kisah walaupun bermula berniaga di tepi jalan, berpanas atau hujan. Asalkan berniaga dan perniagaan tu saya berpuas hati.
“Suami saya seorang yang sangat supportive dan sentiasa berada di hadapan saya, bukan di belakang saya ya,” coretnya dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram.
Malah kata Puteri, segala hal berkaitan dengan perniagaan juga dirujuk terlebih dahulu kepada Aril sebelum membuat keputusan.
“Dia suami saya, dia ketua saya, dia leader saya. Apa apa keputusan saya akan bertanya pendapat dia dulu.
“Saya tak nak buat perniagaan sorang sorang, jadi saya tarik suami saya sekali. Maka jadi lah @ngopi.setapak.
“Keluarga saya juga sangat supportive. Apa-apa sahaja kami buat dorang berikan sokongan dan tak pernah larang.
“Terima kasih keluargaku. Sayang korang semua. Alhamdulillah, semoga perniagaan kami berjaya dan terus maju,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga mengucapkan tahniah dan mendoakan agar perniagaan suami isteri ini bertambah maju.
“Saya doakan yang terbaik buat kak Puteri dan abang Aril semoga suatu hari nanti dapat buka cafe dan banyak menu lagi,” tulis seorang pengikut.
“Wah tahniah! Saya gembira untuk kak Puteri dan abang Aril. Semoga berjalan lancar semuanya,” komen seorang lagi pengikut.
Terdahulu, Aril dan Puteri berkahwin pada 20 Disember 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tun Adriel Mikael pada 25 November 2015.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024