Laman Utama

“Tak Kisah Jumpa Orang Macam Ni” - Wajah Diana Danielle Tanpa Make Up, Ramai Puji Tetap Cantik

gempak
Mya Amri
18/01/2021
12:20 MYT
Sponsor Banner
“Tak Kisah Jumpa Orang Macam Ni” - Wajah Diana Danielle Tanpa Make Up, Ramai Puji Tetap Cantik
Aktres Datin Diana Danielle mendapat perhatian warganet selepas memuat naik foto yang merakamkan wajahnya tanpa sebarang solekan.
Diana memuat naik foto itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.
Menurut Diana, dia tidak berasa malu untuk bertemu dengan orang lain tanpa mengenakan sebarang solekan.
“Ini adalah ‘kulit wajah penggambaran’ saya. Setelah memakai solekan tebal setiap hari selama hampir dua bulan, kulit saya kering dan tersumbat.
“Mengambil sedikit masa untuk memulihkannya adalah perkara normal. Saya tidak berada ‘hodoh’ apabila melihat diri saya di hadapan cermin atau keluar bertemu dengan orang dalam keadaan seperti ini,” tulisnya.
Sebagai seorang wanita, Diana juga tidak ketinggalan memberikan kata-kata positif berkaitan kulit wajah.
“Adakah saya membencinya? Tidak, saya tahu saya dapat memulihkan kulit saya dengan rehat yang mencukupi dan ritual penjagaan kulit yang betul. Terima kasih Mimi kerana menunjukkan apa itu kulit wajah yang sebenar,” coretnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan Diana dan menyifatkan isteri pelakon Farid Kamil itu memiliki kulit yang cantik.
“Kulit sis @dianadanielleb memang cantik dari dulu lagi walaupun tanpa solekan,” puji @zaafaranmisk
“Sama ada pakai solekan atau pun tanpa solekan masih lagi tetap cantik @dianadanielleb,” komen @andysulaiman.
Sekadar info, sebelum ini aktres Mimi Lana telah memuat naik foto wajahnya tanpa sebarang solekan dari jarak dekat.
Sebagai tanda sokongan, Diana juga memuat naik foto yang sama seperti yang dilakukan oleh Mimi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live