Laman Utama

“Tak Lawak, Wife Mengandung & Kena Kepala” - Netizen Marah Cara Ryzal Bergurau? Ini Jawapan Balas Maryam!

gempak
Hanafis Haris
20/08/2021
03:45 MYT
Sponsor Banner
“Tak Lawak, Wife Mengandung & Kena Kepala” - Netizen Marah Cara Ryzal Bergurau? Ini Jawapan Balas Maryam!

Instafamous warga Korea Selatan, Maryam You Narae atau dikenali sebagai Maryam sekali lagi menarik perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video.

Walaubagaimanapun, video berdurasi sekitar 10 saat itu mencetuskan kemarahan ramai apabila suaminya dikatakan berkelakuan agak kasar.

Menerusi posting berkenaan, Ryzal dilihat cuba bergurau dengan melakukan balingan botol ke atas kepala Maryam.

Reaksi Maryam yang agak terkejut itu kemudian menimbulkan kerisauan ramai apatah lagi dia kini sedang sarat mengandung.

“Janganlah kasar-kasar tengah mengandung tu.”

“Gurau kasar nampak Ryzal.”

“Hurmm tak kelakar, first sebab kepala, 2nd its your wife. Nak bergurau pun ada batas dan wife kau mengandung kot,” kata beberapa netizen.

Biarpun begitu Maryam menganggap ia bukanlah satu perkara yang serius dan hanya sekadar gurauan antara suami dan isteri.

“Saya sangat okay. Kalau tak ok saya tak post video ni, terima kasih,” balas Maryam menerusi ruang komen.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Terdahulu, Ryzal bersyukur selepas dua tahun mendirikan rumah tangga akhirnya isterinya, Maryam Yun Nae hamil anak pertama mereka.

Ryzal berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram mereka @duriankimchi.

BACA : “Duriankimchi Junior Bakal Menyusul!”- Selepas 2 Tahun Kahwin, Maryam Kini Hamil

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live