Viral

Tak Mahu Bersusah Payah Dengan Pasangan, Netizen Titip Pesanan Untuk Wanita Ini - “Nak Hidup Senang Teruslah…”

Muhammad Firdaus
08/04/2024
06:55 MYT
Tidak dapat dinafikan setiap individu menginginkan pasangan yang mampu memberikan kehendak dan keperluan yang diingini.
Akan tetapi, adakah perlu bagi seseorang individu itu menetapkan tanda aras yang terlalu tinggi buat pasangan hanya kerana mereka dibesarkan dalam keadaan serba mewah?

Tak Mahu Hidup Susah Dengan Pasangan?

Begitulah kisahnya apabila satu kenyataan yang dibuat oleh seorang wanita di aplikasi TikTok mendapat kecaman hebat dalam kalangan warganet apabila dirinya dianggap seperti tidak mahu bersusah-payah bersama pasangan.
“Bapa kami bermati-matian menyenangkan hidup kami, kamu siapa untuk ajak putrinya hidup susah?” tulis wanita itu.

Kenyataan Dikritik Warganet

Perkongsian TikTok itu dimuat naik semula ke Platform X di mana kenyataan itu diselar oleh majoriti warganet.
moral of the story, cari partner yang sekufu mental jugak. so takdelah nanti sikit2 nak mengungkit. pic.twitter.com/x9YFJbms71— ًِ (@bckupacc99) April 3, 2024 “Awak nak hidup senang terus lah cari pasangan yang dah stabil which is selalunya dah berumur sedikit. Kalau cari yang sebaya atau lebih kurang, mereka pun baru nak kenal dunia. Bagi dia masa, dan tolong dia untuk berjaya bersama, InsyaAllah,”
“Dah kahwin kan kau belajar hidup dengan pasangan kau. Semua orang akan memilih nak hidup senang itu tidak dinafikan, tapi prosesnya kena jalankan bersama, tolak ansur baru datang rezeki mewah,”
“Kahwin lah dengan lelaki sebaya bapa anda. Baru stabil.”
Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih tiga juta tontonan serta memperolehi lebih 10,000 ulang siar di Platform X.

BERITA TRENDING: Wanita Tak Nak Kahwin Sebab Lelaki Minta 'Share' Bayar Rumah, Ini Pendapat Netizen...

BERITA TRENDING: Wanita Terima Pampasan RM490,000 Dari Bekas Suami, Dedikasi Jadi Suri Rumah Selama 26 TahunSumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).