Viral

Tak Mahu Bersusah Payah Dengan Pasangan, Netizen Titip Pesanan Untuk Wanita Ini - “Nak Hidup Senang Teruslah…”

gempak
Firdaus
08/04/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Mahu Bersusah Payah Dengan Pasangan, Netizen Titip Pesanan Untuk Wanita Ini - “Nak Hidup Senang Teruslah…”
Tidak dapat dinafikan setiap individu menginginkan pasangan yang mampu memberikan kehendak dan keperluan yang diingini.
Akan tetapi, adakah perlu bagi seseorang individu itu menetapkan tanda aras yang terlalu tinggi buat pasangan hanya kerana mereka dibesarkan dalam keadaan serba mewah?

Tak Mahu Hidup Susah Dengan Pasangan?

Begitulah kisahnya apabila satu kenyataan yang dibuat oleh seorang wanita di aplikasi TikTok mendapat kecaman hebat dalam kalangan warganet apabila dirinya dianggap seperti tidak mahu bersusah-payah bersama pasangan.
“Bapa kami bermati-matian menyenangkan hidup kami, kamu siapa untuk ajak putrinya hidup susah?” tulis wanita itu.

Kenyataan Dikritik Warganet

Perkongsian TikTok itu dimuat naik semula ke Platform X di mana kenyataan itu diselar oleh majoriti warganet. “Awak nak hidup senang terus lah cari pasangan yang dah stabil which is selalunya dah berumur sedikit. Kalau cari yang sebaya atau lebih kurang, mereka pun baru nak kenal dunia. Bagi dia masa, dan tolong dia untuk berjaya bersama, InsyaAllah,”
“Dah kahwin kan kau belajar hidup dengan pasangan kau. Semua orang akan memilih nak hidup senang itu tidak dinafikan, tapi prosesnya kena jalankan bersama, tolak ansur baru datang rezeki mewah,”
“Kahwin lah dengan lelaki sebaya bapa anda. Baru stabil.”
Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih tiga juta tontonan serta memperolehi lebih 10,000 ulang siar di Platform X.

BERITA TRENDING: Wanita Tak Nak Kahwin Sebab Lelaki Minta 'Share' Bayar Rumah, Ini Pendapat Netizen...

BERITA TRENDING: Wanita Terima Pampasan RM490,000 Dari Bekas Suami, Dedikasi Jadi Suri Rumah Selama 26 TahunSumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live