Nampaknya, pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi turut mengambil kesempatan ke atas populariti platform TikTok untuk berkongsi kandungan-kandungan yang diciptanya sendiri.
Menurut Aznil, atau lebih popular dengan panggilan Pak Nil, beliau tidak melihat usianya yang kini sudah mencecah angka 60 tahun sebagai penghalang untuk tidak kekal cakna terhadap teknologi dan perkembangan terkini.
Malah, pengacara yang cukup sinonim dengan program Akademi Fantasia itu turut menggalakkan orang ramai supaya turut sama berkongsi hal-hal yang baik menerusi platform berkenaan.
BACA: ‘Kedai Percuma Paknil’ Untuk Mangsa Banjir
“Jika bercakap mengenai TikTok, saya ni bukanlah seperti yang lain, buat kandungan berupaya tarian dan sebagainya. Saya memang tak tahu menari. Jadi, kita teroka bidang lain yang boleh diketengahkan.
“Misalnya, kalau ada yang pandai berpantun, apa kata gunakan platform TikTok ini untuk berpantun. Kalau pandai memasak, masaklah. Kandungan di TikTok ni pelbagai, sehinggakan video orang bercakap dengan kambing pun saya tonton!” ujarnya.
Pak Nil berkata demikian kepada Gempak ketika ditemui pada majlis Up Close & Personal With Pak Nil & Sesi Pengumumannya Sebagai Duta Nakada di Ibu Pejabat Primada, Kuala Lumpur baru-baru ini.
BACA: Peniaga Hantar Makanan Untuk Free Review, Pak Nil; "Kalau Bagi Kita RM20 Tu Murah, Kita Belilah"
Memiliki lebih 114,000 pengikut di TikTok, Pak Nil berharap agar kandungan positif yang dikongsikannya menjadi inspirasi terhadap orang ramai.
“Kadang-kadang, saya habiskan masa yang lama di TikTok. Hal ini kerana, saya tertarik dengan kandungan yang dikongsikan oleh pengguna lain.
“Dalam masa yang sama, saya juga kerap adakan sesi siaran langsung (live TikTok) sewaktu sedang bersenam dan berlari di atas treadmill. Tanpa sedar, sejam saya berborak dengan pengikut.
“Ramai yang menonton pula terdiri daripada golongan muda dan ada yang berasa kagum bila saya dapat baca komen sambil berlari.
“Kalaulah ada yang berfikiran bahawa ‘bila tua mahu jadi macam Pak Nil, umur 60 pun boleh berlari lagi.’ Harapnya itu boleh dijadikan inspirasi, insya-Allah,” katanya lagi.
BACA: Jangan Cemari Sekolah Dengan Perkara Tidak Sepatutnya Seperti Lawak Lucah Double Meaning" - Pak Nil
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pelantikan beliau selama dua tahun bermula sejak Mei 2021 itu bersama Nakada, Datuk Yap Kong Heng selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu menjelaskan pihaknya memilih selebriti itu atas kredibiliti yang dimiliki.
“Beliau mempunyai imej yang sihat, ceria, peramah, suka memasak selain peka terhadap penampilan dan kesihatan. Lalu minat dan dedikasinya itu bertepatan dengan produk yang syarikat kami pasarkan.
“Dia juga masih kekal relevan dalam memikat hati ramai orang dalam bidang yang dilakukan. Hatinya juga sangat murni kerana sentiasa mahu membantu mereka yang memerlukan.
"Lihat saja ketika era pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu dan musibah banjir baru-baru ini, beliau antara yang tak betah duduk diam. Sebaliknya mahu membantu dengan menggunakan populariti dan kelebihan yang ada," katanya.
Beroperasi sejak lebih dua dekad lalu, syarikat Nakada Group (M) diusahakan dua beradik, Datuk Yap Kok Heng dan Datuk Kok Siang.
Izwan Isa
Sat Jan 22 2022


Pilihan Isnin: Aubrey Suwito Dituduh Perli Tok Ti, Isteri Caprice Kena Kacau & Keluang Man Bakal Difilemkan
Boleh tahan ya cerita Isnin ni.

Travis Pakai Jubah Hitam, Kourtney Pula Tak Senonoh, Sehari Sebelum Kahwin Netizen Kata Pasangan Ini 'Malapetaka'?
Cantik tak?

Ditonton 530 Juta Kali, Anjing V BTS Jadi Haiwan Paling Popular Di TikTok
V diketahui mula memelihara anjing yang diberi nama Yeontan pada tahun 2017.

Julia's Secret Recipe | Episod 1
Julia berhenti kerja dan jadi pembantu Bunga di kedainya. Julia tak minat jaga bunga dan kuasa viral menyebabkan hashtag 'BungaIsCancelled' trending di sosial media. Adakah Julia akan minta maaf kepada Bunga dan menebus kesalahannya? Jom saksikan video penuh sekarang.

Dua Tahun Kematian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Sudah Ikhlas & ‘On The Way’ Bahagia
Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.

DONT LAUGH SCHOOL - RANI KULUP
Kita ada tetamu istimewa dalam Dont Laugh kalini! Korang rasa korang kenal siapa? Haaa! Jom kita tengok Dont Laugh bersama dengan host kita Iseey dan tetamu jemputan yang pasti akan buat korang gelak tak kering gusi!

Jaja Ishak Bangga Filem The Assistant Bertaraf Antarabangsa! - "Lama Tak Tengok Filem Aksi Lokal Macam Ni"
Ramai puji filem The Assistant!

Tangan Kiri Fareez Fauzi Patah, Tergelincir Ketika Ke Bilik Air
Malang tidak berbau, semoga cepat sembuh Fareez.

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Athisha Khan Hadiahkan Bulan Madu Di Villa Mewah Untuk Noor Kartini
Happy wedding anniversary Datuk dan Datin.

Bunda Hetty Koes Endang Rayakan Jubli Emas Dengan Konsert Di Malaysia, Tiker Mula Harga ...
Hetty Koes Endang siap bertemu khalayak menerusi sebuah konsert yang cukup bermakna dalam kariernya.