Pernah berkawan rapat dengan aktres sensasi Ruhainies, pelakon, Zul Ariffin berkongsi bahawa dirinya bukanlah orang yang layak untuk memberi komen tentang kontroversi yang berlaku antara aktor itu bersama penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz.

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 38, mengambil inisiatif untuk mengasingkan diri sendiri daripada terlibat dalam masalah peribadi individu lain serta mendoakan yang terbaik untuk Ruhainies.

Doakan Yang Terbaik

“Saya bukan orang yang layak untuk beri apa-apa pendapat. Tapi kalau tentang perkara ini, kita anggaplah ia sebagai satu ujian, satu musibah, jadi harap perkara itu ada hikmah disebaliknya.

“Jadi saya tak nak letakkan diri saya antara golongan-golongan di bulan Ramadan ini yang ‘membuang pahala’. Saya tak tahu, saya cuma tahu apa yang dilaporkan daripada pihak media dan apa yang saya tengok sahaja.

“Saya tak ada berhadapan dengan dia dan tanya pasal perkara tu. Saya pun tak akan tanya orang, ataupun call walaupun teman baik. Mungkin orang perlukan ruang dan masa untuk berfikir.

“Benda tu bukannya perkara yang seronok, jadi saya asingkan diri saya dan tengok daripada jauh serta saya doakan yang terbaik kerana ini melibatkan peribadi orang, kalau kerja saya boleh komen, tapi ini hal peribadi saya takut, lebih baik saya jaga lidah,” katanya.

Ramadan Yang Tenang

Dalam pada itu, Zul sempat memberitahu Ramadan buat tahun ini merupakan satu bulan paling tenang buat dirinya sepanjang bergelar sebagai seorang pelakon.

“Sepanjang saya bergelar pelakon, saya rasa inilah Ramadan yang saya boleh betul-betul relaks. Saya boleh pergi bazar Ramadan, boleh pergi masjid terawih, lepas terawih boleh jumpa kawan-kawan sebab lama tak jumpa,” kongsinya.

Sekadar info, Zul Ariffin bakal membintangi filem Syerif yang dibawakan khas oleh Astro Shaw dengan kerjasama Skop Productions. Filem kepolisian tersebut mengisahkan tentang sisi gelap pasukan beruniform di negara ini.

BERITA TRENDING: Pelbagai Spekulasi Timbul, Ruhainies Tampil Pertahankan Diri - “Ia Sama Sekali Bukan Tangkap Basah…”