Viral

"Tak Mahu Tangkap Tapi ..." - Isu Transgender, Menteri Hal Ehwal Agama Bersuara

gempak
Amri Hassan
10/07/2020
06:01 MYT
Sponsor Banner
"Tak Mahu Tangkap Tapi ..." - Isu Transgender, Menteri Hal Ehwal Agama Bersuara
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri tampil mengulas mengenai isu transgender yang kembali hangat diperkatakan kini.
Kata Zulkifli, pihaknya memberikan lesen penuh kepada penguasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bertindak.
"Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan," tulisnya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.
Bagaimanapun, jelas Zulkifli pihaknya enggan menangkap individu yang dimaksudkan semata-mata sebaliknya memberikan pendidikan berhikmah kepada mereka.
"Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (transgender) kembali ke pangkal jalan.⁣
"Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama)," tambahnya. Kecoh di media sosial apabila beberapa selebriti transgender tampil secara terbuka mendedahkan kehidupan peribadi kepada umum.
Perkara itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna yang merasakan tindakan itu keterlaluan.
BACA: Safiey Illias Jawab Fungsi F*raj P*ndan
BACA: Dakwa Sajat Melampau, PU Syed Minta Jakim & PDRM Ambil Tindakan!
BACA: Bonda Rozita Tegur Sajat Pakai Bikini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live