Viral

"Tak Mampu Jangan Beli" - Terima Kecaman Selepas Kritik Produk Kosmetik Ibu Neelofa, Wanita Ini Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

gempak
Zulaikha Yusof
11/06/2020
03:56 MYT
Sponsor Banner
"Tak Mampu Jangan Beli" - Terima Kecaman Selepas Kritik Produk Kosmetik Ibu Neelofa, Wanita Ini Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Nienaricci tampil memohon maaf secara terbuka selepas videonya mengkritik produk kosmetik yang diusahakan oleh ibu selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mendapat tentangan hebat.
Menurut pengguna itu, dia berpendapat kuantiti dengan harga yang dijual tidak berbaloi untuk dibeli.
"Baiklah semua orang, saya ingin menjelaskan beberapa perkara dan meminta maaf secara terbuka seterusnya akan memadam kesemua thread.
"Saya minta maaf kerana menyerang produknya seperti itu. Saya dari dulu memang tak pernah ambik tau hal Neelofa di media sosial dan produknya sekaligus produk keluarganya.
"Saya dengar terlalu banyak perkara buruk daripada perkara positif. Jadi, saya hanya elakkan diri saya dari membeli.
"Sejak semalam ramai dm bagi pencerahan dan minta maaf sebab berhujah hal ni jadi saya pun minta maaf juga dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk saya.
"Apabila keluarga saya membeli produknya kerana jenama saya goyah, ketawa keras dan marah. Ibu saya beli tanpa meminta saya yelah beli menggunakan wangnya sendiri takkan saya nak pantau 24 jam carta belanjanya.
"Oleh itu pihak saya juga salah kerana tidak melihat keterangannya. Saya rasa tidak puas hati dengan 7 gram (g) itu dan rasa ibu saya melabur sesuatu yang tidak patut. Saya boleh membelinya dengan lebih baik jika saya tahu lebih awal dan sekali lagi maaf," tulisnya.
Tambah wanita tersebut, dia merasakan seperti ditipu dengan penggunaan bungkusan yang besar justeru dia meluahkan ketidakpuasan supaya lebih ramai yang tahu dan sedar.
"Dalam video tersebut saya menyatakan 7g berharga RM60, kerana saya tidak berpuas hati dengan pembungkusan besar yang saya rasa seperti tertipu dan ada beberapa orang bersetuju dengan pembungkusan itu.
"Tetapi seperti yang anda katakan, sebagai pengguna kita harus baca sebelum membeli, jadilah pengguna yang bijak.
"Apabila saya rakam, saya memang tidak fikir panjang kerana saya rasa saya harus memberi kesedaran dan ramai yang setuju mengenai perkara ini. Beberapa dropshipper bahkan tidak tahu bagaimana rupa produk sebenar tetapi hanya menjual buta-buta kat orang lain.
"Tapi ramai yang dah nampak produk sebenarnya, tak jadi beli, saya bukan tutup periuk nasi orang..Tapi sekurang-kurangnya saya menjimatkan wang orang dan kekecewaan.
"Saya juga mahu orang lain menjadi pengguna yang bijak dan ini adalah ulasan jujur saya ​​terhadap produk tersebut.
"Untuk semua peminat setia Neelofa dan pengguna foundation. Sekali lagi, saya minta maaf, tidak semua perkataan saya betul dan tidak semua perkataan saya salah. Saya akan mengambil cara positif untuk menerima bahawa 7 gram adalah RM60 dan saya bukan sasaran pasaran," tulisnya lagi.
Terdahulu, Niena meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kuantiti foundation yang berharga RM60.
"Tengok la ni foundation Neelofa RM60, 7g, dalam ni kosong tak penuh pun," katanya di video berdurasi 14 saat itu.
Tindakannya itu telah mengundang kecaman daripada warganet untuk meninggalkan komen-komen 'pedas'.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024