,
Laman Utama

“Tak Mungkin Seorang Ibu Sanggup Berjauhan Dengan Anaknya”- Fiza Halim Tak Jumpa Anak 3 Bulan

Syafiqah Jalal
27/07/2021
02:50 MYT
Pelakon Fiza Halim akui menerima pelbagai tohmahan selepas dituduh kaki sondol dan mata duitan oleh adik iparnya sendiri baru-baru ini.
Kata Fiza ia sebahagian daripada ujian hidupnya dan menerimanya sebagai qada dan qadar.
“Semua yang berlaku sudah pun tertulis.Ada yang menghina,mencaci,mengeji saya. Bermacam-macam tohmahan yang saya dapat. Tapi saya hanya berdiam diri dan tak nak berkata apa-apa.
“Biarlah…bagi saya,ini adalah ujian dan bahagian saya. Saya reda dan pasrah dengan semua ketentuan yang sudah pun tertulis pada lukisan hidup saya…Hidup perlu diteruskan.
“Saya hanya manusia biasa dan seorang hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan.Tiada seorg wanita pun di dunia ini inginkan perpisahan…Tapi qada dan qadar dari Allah tak siapa tahu..,” katanya.
Fiza berkongsi luahan hatinya di akaun Instagram (IG) miliknya.
Dalam hantaran yang sama dia jua turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan anaknya Siti Alena Adra atau Baby Aleena, 3, disebabkan pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP).
Namun bersyukur kerana akhirnya selepas hampir tiga bulan mereka dapat berjumpa kembali.
“Hampir tiga bulan kami tidak berjumpa disebabkan PKP. Saya hanya hamba yang lemah, tiada seorang wanita mahupun seorang ibu inginkan perpisahan.
“Tidak mungkin seorang ibu sanggup berjauhan daripada anaknya. Sedih saya siapa yang tahu. Hari ini, Allah SWT makbulkan doa saya untuk bertemu dengan nyawa saya ini.
“Terima kasih Tuhan atas kegembiraan dan nikmat yang Kau hadirkan ini. Kesabaran yang cukup bermakna, jika kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah,” katanya lagi.
Terdahulu, pada 11 Julai lalu nama Fiza menjadi bualan dalam Twitter selepas seorang individu yang merupakan bekas adik iparnya mendakwa dia seorang ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang.
Individu yang menggunakan nama Afrina Farzana itu mendakwa, Fiza menjadi orang ketiga yang memusnahkan rumah tangga abangnya dengan bekas isteri.
Untuk rekod, Fiza pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, namun disahkan bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.
Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013. Perkahwinan kedua juga tak dapat diselamatkan.
Manakala, perkahwinan ketiga yang dibina pada Disember 2016 bersama juruterbang, Aizat Al Jefri juga tidak berpanjangan apabila Fiza sendiri mengaku sudah bercerai pada Julai tahun lalu.
Hasil perkahwinan bersama Aizat, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Baby Aleena.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Unitar