Laman Utama
Tak Nak Kalah! Bekas Kekasih Elon Musk Nak Bangunkan Komuniti Sendiri Di Angkasa
Macam-macam perangai orang bila putus cinta. Terbaharu, pemuzik Grimes mengakui mahu menjajah Europa, iaitu salah satu bulan di planet Musytari selepas putus dengan kekasihnya, bilionair Elon Musk.
Apa yang membuat kenyataannya itu menjadi sensasi adalah Grimes atau nama sebenarnya, Claire Elise Boucher ingin menjajah lokasi angkasa tersebut bagi membangunkan sebuah komuniti lesbian!
Menerusi temu bual bersama PageSixe, Grimes berkata: “Saya juga akan menjajah Europa (bulan planet Musytari), tetapi berbeza lokasi dengan Elon untuk membangunkan komuniti lesbian."
Grimes menyatakan hasratnya itu secara berseloroh apabila mengulas mengenai kontrak bernilai AS$178 (RM745.4 juta) Elon Musk bersama NASA untuk menjayakan projek SpaceX.
Projek berkenaan dibangunkan bagi menjelajah bulan planet Musytari iaitu Europa, bagi melihat potensi sama ada lokasi tersebut boleh didiami oleh manusia atau tidak.
Untuk rekod, planet Musytari memiliki 79 bulan dan misi Elon menerusi SpaceX adalah untuk membawa manusia ke planet tersebut pada 2026.
Terdahulu, media melaporkan Elon dan Grimes berpisah buat sementara waktu selepas tiga tahun menjalinkan hubungan.
Menerusi hubungan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama unik, X Æ A-Xii.
Sungguhpun mengumumkan berpisah buat sementara waktu, namun baik Elon mahupun Grimes, masing-masing masih menjaga anak lelaki mereka secara bersama.
“Kami separa berpisah tetapi masih menyayangi dan saling berjumpa antara satu dengan lain. Hubungan kami masih baik.
“Cuma kerja saya di SpaceX dan Tesla memerlukan saya sentiasa berada di Texas atau terbang ke luar negara manakala Grimes berpangkalan di Los Angeles. Dia masih tinggal dengan saya dan Baby X, tetapi dalam bilik berasingan,” katanya lagi.
Must-Watch Video