Berita

"Tak Pandai Pula Saya Nak Sweet Kali Ni...Mungkin Anak 2 Dah Kot" - Saharul Ridzwan Sambut Anniversary Ke-4

gempak
ZULHILMI JALIL
17/09/2020
04:17 MYT
Sponsor Banner
"Tak Pandai Pula Saya Nak Sweet Kali Ni...Mungkin Anak 2 Dah Kot" - Saharul Ridzwan Sambut Anniversary Ke-4
Pelakon Saharul Ridzwan melayangkan ucapan khas buat isteri tercintanya sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang keempat.
Begitupun, kata Saharul, tahun ini sedikit berbeza kerana tiada ucapan 'sweet' yang diberikan kepada isterinya seperti kelaziman.
"Tak pandai pulak saya nak sweet-sweet kali ini. Mungkin anak dua dah kot. Tapi sayang, tak pernah kurang 'rasa' tu pada awak, pada kita tapi mungkin cara yang berbeza.
"Sudah empat tahun kita jadi suami isteri. Alhamdulillah syukur. Allah masih hadirkan rasa nikmat cinta, kasih dan sayang sesama kita. Semoga Allah terus pinjamkan nikmat ini sampailah ke akhir hayat nanti," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya pagi tadi.
Dalam enti tersebut, Saharul turut berkongsi momen ketika dirinya dan isteri meraikan hari istimewa tersebut yang disambut pada 16 September setiap tahun.
Happy 4th Anniversary Zaujahku @deenaemir ❤️ . Dah 4 tahun kita jadi suami isteri. Alhamdulillah syukur. Allah masih hadirkan rasa nikmat cinta, kasih dan sayang sesama kita. Semoga Allah terus pinjamkan nikmat ni sampailah ke akhir hayat nanti. Amin Ya Rabb ❤️ . Tak pandai pulak saya nak sweet2 kali ni, mungkin anak 2 dah kot. Tapi sayang, tak pernah kurang "rasa" tu pada awak, pada kita tapi mungkin cara yang berbeza. Mungkin doa dan perlakuan saya utk menjadi suami dan ayah pada anak2 kita adalah perkara paling berharga yang boleh sy buat utk pastikan keluarga kita sentiasa diberkati Allah. Dalam mencari kesenangan dunia, sy doa supaya Allah dekatkan diri kita sekeluarga dengan kesenangan akhirat. InShaaAllah. InShaaAllah. "Love You Till Jannah, kena usaha utk sampai ke Jannah" @deenaemir Amin Ya Rabb ❤️ . Doa utk kita : Allahumma inni As’aluka Hubbaka Wa Hubba Man Yuhibbuka Wal- 'Amal al-lazi Yuballighuni Hubbak. Allahummaj`Al Hubbaka Ahabba ilaiyya Min Nafsi, Wa Ahli Wa Min al-Ma’il-Barid ‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta-cinta orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapatmenyampaikanku kepada cintaMu" - Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi Zaujahku ❤️?
A post shared by Saharul Ridzwan® (@saharulridzwan) on
Katanya lagi, dia juga akan sentiasa cuba untuk menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik buat keluarganya.
"Mungkin doa dan perlakuan saya untuk menjadi suami dan ayah pada anak-anak kita adalah perkara paling berharga yang boleh saya buat untuk pastikan keluarga kita sentiasa diberkati Allah.
"Dalam mencari kesenangan dunia, saya doa supaya Allah dekatkan diri kita sekeluarga dengan kesenangan akhirat. Insya-Allah.
"Love you till Jannah, kena usaha untuk sampai ke Jannah" @deenaemir," coretnya.
Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.
Menerusi perkahwinan tersebut, Saharul dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 3, dan Fateema Azzahra yang baru berusia tiga bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024