Karyawan muzik yang juga bekas isteri Ahmad Dhani, Maia Estianty diakui seorang yang cukup menjaga penampilan.
Walaupun usianya sudah melewati angka 40, Maia yang kini bahagia bersama suaminya, pengusaha kaya Irwan Musry masih kekal cantik dan selalu berpenampilan menarik.
Bagaimanapun, ibu kepada tiga anak lelaki ini mengaku sebagai manusia biasa dia juga berhadapan dengan masalah kecantikan. Maia mengatakan sejak sekian lama dia telah mengalami masalah kulit yang agak kronik.
"Saya mempunyai masalah kulit yang dikenali sebagai Rosacea. Ia adalah sejenis penyakit yang membuatkan kulit kemerahan dan sukar disembuhkan.
"Ia nampak seperti jerawat tetapi bukan. Penyakit ini saya peroleh dari genetik," akui Maia dalam konten terkini di saluran YouTubenya, Maia AlElDul Tv.
Maia yang kini bercuti ke Hawaii bersama suaminya menambah, penyakit tersebut sangat sensitif sehingga kemerahan itu akan timbul sewaktu cuaca terlalu panas atau sejuk.
"Kena panas sikit merah, kena cuaca sejuk juga merah. Kena apa pun akan cepat merah," tambahnya.
Oleh sebab perlu sering melakukan rawatan demi memastikan kulitnya sentiasa berada dalam keadaan baik, Maia mengatakan akhirnya memutuskan untuk memiliki klinik sendiri dan doktor peribadi.
"Sebab terlalu kerap perlu mendapatkan rawatan, saya mempunyai klinik sendiri dan doktor peribadi yang merawat kulit saya," katanya ringkas.
Dia kemudian mengaku memiliki doktor peribadi juga membantu dia kelihatan fresh dan muda.
"Jadi doktor juga membantu merawat supaya tetap kelihatan fresh dan muda," kata Maia seperti dilaporkan Kompas.
Sementara itu dalam sebuah video yang dikongsikan, Maia dilihat sedang melakukan perawatan laser fotona yang dilakukan pada penderita pesakit Rosacea.
Sekadar info, Rosacea akan membuat kulit muka kemerahan seperti ditumbuhi jerawat dan kadang kala boleh berlarutan untuk satu tempoh yang panjang jika ia tidak menerima rawatan yang betul.
Instagram: @maiaestiantyreal
Maliah Surip
Fri Sep 17 2021


Idris Khan Terkejut, Dakwa Difitnah - “Ada Pihak Guna Kedudukan & Kuasa Dengan Peras Ugut”
Akhirnya Idris Khan tampil bersuara!

“Anak-Anak Dah Makin Membesar…”- Datuk K Minta Siti Nurhaliza Ada Masa Untuk Anak
Siti Nurhaliza patuh pada kehendak Datuk K

Lancang Bethol | Syamsul Yusof - "Habis cerita mak bapak aku keluar, i have no time for this bull***
Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof tampil bersuara, katanya bukan melarikan diri dari masalah, tapi sedang memperbaiki kemelut rumahtangga bersama isterinya, Puteri Sarah. Jom layan video penuh sekarang! #LancangBethol

“Kenapa Hati Busuk? Aku Tak Kacau Hidup Kau”- Normah Damanhuri Terkilan Anak Buat Baik Pun Dikecam
Kadang kita tak kacau orang tapi orang yang kacau kita.

Honey Lee Dapat Baby Girl, Selamat Bersalin Anak Sulung
Tahniah Honey Lee

Netizen Puji Syahmi Sazli Ambil Pelakon Istimewa Berlakon Filem 35mm - “Semoga Maju Jaya Syahmi”
Setuju!

Britney Spears Kongsi Kehidupan Lepas Kahwin, Belum Pergi Berbulan Madu
Suka tengok Britney dengan suami dia, comel je.

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP6
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu peserta paling banyak masuk audition! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Aedy Ashraf Buat Laporan Polis, Ada Individu Menyamar Dirinya Untuk Perdaya Wanita
Nasib baik Aedy pantas buat report!

“Ada Pregnant Tag, Perut Besar Pun Buat Tak Nampak” - Ibu Hamil Kecewa Kena Berdiri, Pengguna LRT Selamba Duduk Priority Seat
Berilah pada yang memerlukan.