Berita

"Tak Payah Nak Persoalkan Apa Aku Post, Tak Suka Jangan Follow"- Michael Ang Berang Ditegur Cara Kasar, Dilabel Tak Ada Otak?

gempak
ZULHILMI JALIL
26/01/2020
09:22 MYT
Sponsor Banner
"Tak Payah Nak Persoalkan Apa Aku Post, Tak Suka Jangan Follow"- Michael Ang Berang Ditegur Cara Kasar, Dilabel Tak Ada Otak?
Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa berang apabila terdapat individu yang menegurnya secara kasar mengenai tindakannya berkongsi gambar yang menampakkan bahagian auratnya di Instagram.
Perkara itu dikongsikan Michael, 44, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Tak payah lah nak persoalkan apa aku post, tak suka jangan follow, jangan tengok dan jangan komen.
"Sebab kalau kau seorang Islam yang baik, kau tak akan buat atau tulis apa yang kau cakap! Ini kehidupan aku, keimanan aku, antara aku dan tuhan," tulisnya.
Terdahulu seorang individu dikatakan meninggalkan komen kasar yang menegur perbuatan Michael selain memintanya memadam gambar berkenaan.
"Lutut atau pusat aurat. Kalau ada otak, padamlah gambar ini," komen individu berkenaan.
Michael turut memuat naik paparan serangan berbalas komen antara dirinya dan individu tersebut.
Kata Michael lagi, dia bertindak berkongsi hal tersebut kerana tidak bersetuju dengan cara teguran yang diberikan.
"Pagi-pagi kena hadap orang yang acah-acah macam lebih baik dari Allah. Lepas tu kantoi penipu besar.
"Aku post ni sebab orang macam ni lah bagi Islam nama buruk. Kau fikir kau lebih bagus daripada muslim yang lain. Geramnya aku!," luahnya.
Gambar tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan perkongsian foto Michael yang kini sedang bercuti di sebuah resort di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Pada April tahun lalu, Michael membuat pengakuan bahawa dirinya sudah memeluk Islam sejak lebih setahun yang sudah.
BACA: Alhamdulillah! Michael Ang Dedah Sudah Peluk Islam!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live