Hari Raya bakal tiba dan ibadah puasa hanya lebih kurang seminggu sahaja lagi, namun masih belum terlambat untuk menikmati buffet Ramadan istimewa bertemakan Sajian Bonda di Hotel Traders.

Buffet Ramadan Sajian Bonda mungkin boleh buat anda imbau kenangan Hari Raya bersama ibu dan keluarga sebelum menyambutnya pada hujung minggu hadapan.

Hotel yang terletak berdekatan dengan KLCC ini menghidangkan pelbagai masakan Melayu seta juadah berbuka yang enak dari makanan berat hinggalah ke pemanis mulut serta salad dan kerabu.

Menariknya Buffet Ramadan Sajian Bonda Traders Hotel ini terdapat dua set, iaitu menu bagi hari minggu dan hari biasa. Jadi pelanggan boleh cuba kedua-duanya untuk merasai perbezaan juadah yang disediakan.

Di Buffet Sajian Bonda ini selain masakan tradisional Melayu serta juadah hari raya seperti lemang ketupat, antara yang menariknya adalah Ikan Bakar BBQ Station, Kari Laksa Udang Galah, Roasted Whole Lamb, Asam Pedas Ekor, Sate dan banyak lagi.

Namun apa yang lebih istimewa dan uniknya adalah menu signature iaitu Gear Box Bakar! Pertama kali mendengarnya kerana sebelum ini Gear Box sering dimasak dalam bentuk sup tetapi kali ini boleh dimakan dengan rasa kerangupan dagingnya.

Tidak di lupa pelbagai kuih muih trasional juga terhidang seperti onde-onde, kuih cara, seri muka, apam manis dan banyak lagi.

Buffet Ramadan Sajian Bonda Hotel Traders ini sudah bermula 24 Mac lalu dan bakal berakhir pada 21 April di Gobo Chit Chat. Buffet ini dibuka bermula 6.30 petang sehingga 10.00 malam.

Harga Buffet Ramadan Sajian Bonda Hotel Traders

Hari Biasa :

Hari Minggu :

Anda boleh buat tempahan melalui Whatsapp +6011 7039 3409 sekarang!

Lokasi : Traders Hotel, Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web : https://traders.com-kualalumpur.com/