,
Laman Utama

Tak Peduli, Bapa Nekad Mahu Kubur Vanessa Angel Digali, Dialihkan

Maliah Surip
04/12/2021
03:45 MYT
Genap satu bulan artis Indonesia Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah meninggal dunia, bapa pelakon tersebut, Doddy Sudarjat membuat kenyataan yang mengejutkan.
Kepada media Indonesia, Doddy sejak beberapa hari lalu mengatakan mahu menunaikan wasiat yang dititip Vanessa sebelum meninggal dunia. Wasiat tersebut adalah mahu disemadikan di kawasan kubur arwah ibunya.
Ironi, Vanessa dan suaminya, Febri atau Bibi sudah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.
Kini, Doddy mendakwa Vanessa yang meninggal dunia bersama suaminya dalam kecelakaan jalan raya meminta agar kuburnya digali dan dialihkan.
Katanya, Vanessa mahu kubur baharunya dipindahkan ke kawasan kubur keluarga termasuk ibunya.
Walaupun hasrat tersebut mendapat kritikan dari banyak orang, Doddy tak peduli. Dia mengaku sudah mantap untuk memindahkan kubur anaknya.
Dia juga menyatakan siap dengan segala risikonya apabila memindahkan kubur Vanessa pada masa mendatang.
"Harus diambil risikonya. Apa pun yang terjadi kubur harus dipindah. Keputusan sudah final. Ini wasiat harus Daddy jalankan amanat itu," kata Doddy seperti diberitakan detikHot baru baru ini.
Doddy kemudian menegaskan: "Pihak keluarga yang berhak, keluarga saya dan keluarga (mantan) iseri saya sudah tidak ada keberatan.”
Doddy melanjutkan, Vanessa pernah memberitahunya untuk dikebumikan dalam satu kawasan bersama keluarganya sewaktu menziarah kubur ibunya dahulu.
"Vanessa bilang ke saya waktu di Karet Bivak, 'Dad bisa tidak kita punya kubur keluarga kita sama-sama.
“‘Nanti kalau aku enggak ada umur, Daddy enggak ada umur, kita bisa sama-sama dengan Mama. Kalau di kampung-kampung ada kubur keluarga'," cerita Doddy.
Namun dakwanya, hasrat menunaikan wasiat Vanessa tidak dilaksanakan sewaktu anaknya meninggal dunia kerana suaminya, Bibi turut meninggal dunia.
"Pada saat itu saya dilema, saya berfikir cubalah nanti dibicarakan. Dilemanya keluarga Pak Faisal ingin sama-sama, di sisi lain saya ingin kebumikan Vanessa satu liang sama mamanya. Karena saya ingat dia bicara seperti itu," ungkapnya.
Pasangan tersebut meninggal dunia dalam sebuah kecelakaan jalan raya di Surabaya dan meninggalkan seorang anak, Gala Sky yang turut berada dalam kenderaan sama.
Kredit Foto: CNNIndonesia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Cipta Nama Di Luar Negara, Nasihat Siti Nurhaliza Buat Pelapis Baharu - “Selalu Juga Cabar Diri Dengan Cara Nyanyian Yang..”

gempak
21/11/2024
02:55 MYT
Menurut pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu, sekiranya mempunyai rezeki untuk melebarkan sayap ke negara luar mereka tidak seharusnya mensia-siakan peluang tersebut.
Hiburan

Ernie Zakri Menang Anugerah Pertama Di Indonesia, Lagu Masing Masing Dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop - “Rezeki Yang Luar Biasa”

gempak
20/11/2024
21:55 MYT
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri terus melakar kejayaan apabila lagu hits nyanyiannya iaitu Masing Masing berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Unitar