Untuk yang memang mengikuti Tikam, pasti perasan drama ini hanya memerlukan satu lokasi sahaja iaitu dalam pejabat.

Segala pembohongan dan pengkhianatan sebenarnya berlaku dalam kalangan kawan-kawan rapat dan kawasan sekitar pejabat.

Bagaimana cara mereka melakukannya? Masih lagi menjadi tanda tanya. Setakat ini orang yang disyaki adalah NJ lakonan Ben Amir.

Namun tahukan anda sebenarnya pengarah mempunyai sebab tertentu memilih untuk melakukan penggambaran hanya dengan satu lokasi sahaja.

Berkongsi cerita dalam program MeleTOP yang bersiaran pada Selasa, Michael Ang ada jawapannya.

Cerita ni korang kena tengok sebab ia adalah sesuatu yang menarik di mana keseluruhan episod berlaku di satu lokasi sahaja.

“Masa kita buat drama ini, masa itu adalah waktu PKP dilaksanakan. Jadi kita keluarkan satu konsep menggunaka satu lokasi di mana atas pemintaan kerajaan ada perkampungan shooting.

“Jadi ia adalah sesuatu yang agak berbeza dan dengan Kerjasama bersama Astro Gempak, kami keluarkan projek ini.

“Berkampung itu maksudnya bukan tak balik, balik cuma kita shooting pada satu lokasi sahaja. Maknanya kalau balik terus pulang ke rumah dan jangan ke mana-mana.

“Masa penggambaran pun rasa agak seronok dan hubungan antara pelakon juga tulus. Semua belakon dan bila di set penggambaran, keserasian mereka juga sangat pantas. Hari kedua pun dah serasi, itu yang paling penting,” jelasnya

Jangan lupa saksikan Tikam, setiap Rabu jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksible, Tikam juga boleh distrim menerusi portal Gempak, Aplikasi Astro Go dan On Demand.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!