Berita
Tak Perlu Lagi Bayar Bil Bulanan Anda, Biar Boost Uruskan!
Tiada yang lebih menyenangkan apabila anda tidak lagi perlu beratur untuk membayar bil. Apatah lagi perlu ke beberapa tempat berlainan. Boost benar-benar memudahkan tugas anda. Paling hebat, anda bukan sahaja dapat membayar bil, tetapi Boost juga mungkin membayarkan bil untuk anda!
Boost bukan ada satu atau dua, tetapi tiga kempen mudah untuk anda mendapat pulangan wang apabila membayar bil anda. Sebelum kita teruskan, apa kata anda buka telefon pintar anda, dan muat turun aplikasi Boost sekarang!
Okay, jom kita mula dengan kempen pertama.
Kempen Bil Celcom
Buat pembayaran bil Celcom anda bila-bila masa antara Isnin hingga Ahad menggunakan Boost. Anda berpeluang untuk memenangi sehingga 100% pulangan wang anda pada hari Selasa berikutnya. 200 orang pemenang akan dipilih setiap minggu dan akan mendapat pulangan sebanyak RM100 setiap bil. Hanya sekali pulangan wang untuk setiap pemenang setiap minggu.
Jangan bimbang, Boost bukan hanya ada kempen Celcom sahaja. Ada kempen seterusnya yang anda pasti suka. Jangan lupa, muat turun aplikasi Boost sekarang dan anda pasti tidak menyesal.
Kempen Bayar Semua Jenis Bil
Dengan menggunakan aplikasi Boost, bayar apa-apa bil yang boleh dibayar melalui Boost daripada Isnin sehingga Ahad dalam tempoh sehingga 28 April, 2019. Anda juga bakal memenangi hingga 100% pulangan wang pada hari Selasa seterusnya. 200 orang pemenang akan dipilih setiap minggu dan akan mendapat pulangan wang sebanyak RM50 setiap bil. Hanya sekali pulangan wang untuk setiap pemenang setiap minggu.
Belum puas lagi? Ada lagi satu kempen hebat menanti anda. Pastikan anda memuat turun aplikasi Boost ke telefon pintar anda sekarang untuk menyertainya.
Kempen Tiada Lagi Bil!
Bayangkan selama setahun anda tidak perlu membayar bil anda sebanyak RM100 sebulan. Seronok bukan? Untuk menyertai, anda hanya perlu membayar dua bil utiliti yang berbeza yang ditawarkan di dalam Boost seperti bil air, internet, telefon, elektrik dan sebagainya.Ingat, anda perlu bayar dua bil utiliti yang berbeza untuk melayakkan anda menyertai kempen ini.
7 pemenang akan dipilih setiap minggu tempoh kempen berlangsung dan pemenang akan mendapat pulangan wang sehingga RM100 setiap bulan selama setahun! Jika anda pemenangnya, jumlah RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Boost anda setiap hari Selasa minggu kedua bulan berikutnya. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi Boost sekarang dan sertai tiga kempen yang sangat menguntungkan anda. Tak perlu beratur, tak perlu ke tempat yang berlainan, dan paling penting, ada pulangan wang 100% menanti anda! Hanya dengan Boost.
Layari https://www.myboost.com.my/boost-your-bill/
Must-Watch Video