Pelakon Wawa Zainal berpesan pada suaminya yang juga pelakon Aeril Zafrel agar tidak berlebih-lebihan apabila bergandingan dengan pelakon wanita lain.

BERITA TRENDING: Wawa Zainal Tak Tumpang Kontroversi Misya Mazlan Demi Marketing - "Kami Nak Bantu Dia"

PILIHAN PEMBACA: Ramai Terharu Lihat Aeril Zafrel Hadiahkan Brabus 900 Rocket Edition Kepada Wawa Zainal

Jelas Wawa ada pelbagai cara untuk membina chemistry antara pelakon ketika di set penggambaran.

"Saya sebagai isteri tak pernah meletakkan syarat kalau dia (Aeril) dapat sebarang tawaran berlakon.

"Malah saya tak kisah dengan siapa dia digandingkan tapi saya beri amaran kepadanya tak perlu berlebih-lebihan dengan pelakon wanita.

"Bila dengar atau baca kisah artis terjebak dalam isu curang, saya memang pesan dekat suami agar jaga diri dan tidak buat perkara serupa.

"Tak payahlah alasan nak cari keserasian sampai perlu bermesra berlebih-lebihan. Saya memang tak boleh terima benda begitu," ujarnya.

BERITA TRENDING: "Perempuan Kat Luar Sana Jangan Merenyam!" - Wawa Zainal

Mengulas situasi sama, kata Aeril pula hubungan sesama pelakon perlu ada batasan.

"Nak cari keserasian itu ada ketikanya perlu jaga tapi kalau untuk orang yang tahu batas sahaja.

"Keserasian itu kadang-kadang boleh dibuat melalui komunikasi seperti berbual tapi janganlah sampai berlebihan," jelasnya.

Ditanya tentang tindakan segelintir pihak menyenaraihitamkan golongan artis yang terpalit dengan masalah dan isu kontroversi, jawab Aeril, ia terpulang pada produksi itu sendiri.

"Bagi saya selagi tidak disabitkan dengan sebarang hukuman di mahkamah, kita tiada hak untuk blacklist mereka.

"Tapi perkara ini terpulang kembali kepada pihak produksi kerana ia keputusan mereka," katanya.

PILIHAN PEMBACA: "Kalau Sayang Suami Jangan Terlalu Sayang, Letak Allah Nombor Satu" - Wawa Zainal