Skip to main content

Trend Pasaran

Tak Perlu Risau Nak Cari Pengangkutan Awam Di Seoul Kerana Ia Antara Yang Terbaik Di Dunia!

remy-ishak-jodoh-(1).jpg
Kepada anda yang ingin melancong ke Seoul, Korea tidak perlu pening kepala mencari pengangkutan awam untuk bergerak di sekitar tempat tersebut.

Nak tahu sebab apa? Sebab Seoul mempunyai sistem pengangkutan yang cekap. Sudahlah selesa dan menepati masa, tambangnya pula agak murah dan berpatutan! Jadi, tidak hairanlah sistem pengangkutan Seoul diiktiraf antara yang terbaik di dunia.

Okaylah, kalau anda nak meneroka Seoul, gunakanlah pengangkutan awam ini:

1. Subway (keretapi bawah tanah)

Tidak perlu risau jika tidak tahu berbahasa Korea kerana sistem Subway di Seoul mesra pelancong, cekap dan efektif. Hendak pergi ke tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong juga mudah kerana laluannya meliputi hampir semua kawasan tersebut.

2. Teksi

Menaiki teksi juga mudah jika anda bergerak secara berkumpulan kerana lebih menjimatkan kerana boleh berbahagi harga tambang! Di Seoul ada lebih 70,000 buah teksi berlesen dan sangat mudah didapati. Ada beberapa jenis teksi di Seoul iaitu standard, deluxe (sedikit mahal) dan jumbo (boleh memuatkan hingga 9 penumpang. Kalau anda mahukan pemandu yang boleh berbahasa Inggeris, carilah International Taxi (berwarna oren) kerana pemandunya mempunyai sijil bertutur dalam Bahasa tersebut.

3. Bas

Kelebihan menaiki bas ialah anda boleh menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan menuju ke destinasi, namun jika mahu menggunakan pengangkutan awam ini, carilah teman yang boleh berbahasa Korea atau pandai membaca tulisan Korea, kerana hentian bas ditulis dalam Bahasa ibunda mereka. Tetapi kalau anda menggunakan perkhidmatan Seoul City Tour lebih digalakkan kerana ia memang khas untuk pelancong.

 4. Berbasikal

Di Seoul, laluan basikal disediakan di semua tempat dan sudah tentu jika anda ingin sesuatu yang ‘lain’ berbasikal adalah salah satu pilihannya! Sambil-sambil membakar lemak, kos untuk pengangkutan juga sudah berjaya dijimatkan. Paling ‘best’….basikal boleh dibawa masuk ke dalam bas dan subway tau!

Layari www.etravelfair.com.my untuk mengetahui lebih lanjut pelan pelancongan yang ditawarkan. Senarai rasmi pakej dan harga akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September.
 

Advertisement

Must-Watch Video