Berita
"Tak Pernah Aku Rasa Cemburu Dengan Mana-Mana Sahabat, Namun Kali ini..." - Kazar Luah Perasaan Sayu
Pelakon, pelawak dan penyanyi Kazar Saisi atau lebih dikenali sebagai Kazar turut berkongsi luahan hati tentang pemergian pelakon dan pelawak Abam Bocey.
Menurut Kazar, sepanjang kariernya, dia tidak pernah ada rasa cemburu dengan mana-mana kejayaan atau penyampaian sahabat-sahabat artis tanah air.
"Tak pernah rasanya aku merasa cemburu dengan mana-mana kejayaan atau penyampaian sahabat-sahabat artisku.
"Namun kali ini aku mengaku ada sedikit cemburu denganmu, sahabat," tulis Kazar mengenai Arwah Abam.
Tulis Kazar, cemburunya bukanlah dengan kejayaan yang dikecapi oleh Abam selama ini tetapi cemburu dengan aturan Allah SWT dengan pemergian Arwah Abam.
"Cemburu kerana bukan saja aku lebih kecil bila duduk atau berdiri di sebelahmu sahabat, tapi kenampakan hakikatnya bahawa sememangnya aku terasa kerdil bila melihat segala aturcara pemergianmu sahabat.
Seperti ribuan org yg lain,aku juga amat terkesan. Al-fatihah untukmu sahabat. I love u," tulis Kazar lagi.
Jenazah Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Jeffrey bin Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey disolatkan oleh ribuan keluarga, sahabat handai, rakan artis serta orang ramai.
Must-Watch Video