Laman Utama

Tak Pernah Jumpa, Macam Mana Jungkook & Lee Yoo Bi Nak Bercinta?

gempak
Maliah Surip
28/12/2021
13:45 MYT
Sponsor Banner
Tak Pernah Jumpa, Macam Mana Jungkook & Lee Yoo Bi Nak Bercinta?
Spekulasi hubungan cinta antara Jungkook dengan Lee Yoo Bi yang bertiup kencang membuatkan kedua dua agensi bintang Korea Selatan tersebut mengeluarkan kenyataan.
Seperti dijangka, Big Hit Music yang menaungi BTS menafikan gosip percintaan salah seorang anggota grup fenomena itu dengan aktres tersebut.
“Itu tidak benar,” kata perwakilan Bit Hit seperti dilaporkan Asia Today.
Agensi tersebut juga mengatakan gosip yang tersebar sebagai palsu dan berniat jahat, sekaligus membuatkan pihak mereka tidak teragak agak untuk mengambil tindakan undang undang kepada penyebarnya.
Sementara itu, Y-Bloom Entertainment juga menegaskan artis naungannya tidak mempunyai sebarang hubungan bersama Jungkook. Mereka malah mengatakan Yoo Bi tidak pernah bertemu dengan Jungkook.
“Khabar percintaan di antara Yoo Bi dan Jungkook adalah sebuah berita palsu. Mereka belum pernah bertemu antara satu sama lain dan tidak saling mengenal,” tegas agensi tersebut.
Agensi juga menambah: “Kami tanyakan kepadanya (Yoo Bi) mengenai gosip ini.Dia hanya tertawa dan mengatakan khabar ini salah.”
Meski demikian, agensi mengatakan dalam pengetahuan mereka, Yoo Bi mengenali salah seorang anggota BTS iaitu Suga.
“Namun tak silap kami itu sudah sangat lama. Kami tidak pasti adakah mereka masih berhubung,” katanya lagi.
Gosip percintaan keduanya pertama kali beredar selepas ada beberapa konten dalam Youtube dan forum komuniti mendakwa mereka bercinta selepas Jungkook dan Yoo Bi kononnya telah berkongsi ‘isi’ yang sama dan saling mempunyai emoji lovestagram di akaun masing masing.
Kredit Foto: AllKPop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live