GAYA HIDUP
Tak Pernah Merokok, Model Iklan Marlboro Selama 14 Tahun Meninggal Dunia
Model iklan jenama rokok terkenal Marlboro, Robert Norris atau dikenali dengan gelaran 'Marlboro Man telah meninggal dunia pada usia 90 tahun.
Memetik laporan The New York Times, Robert telah menghembuskan nafas terakhir di Colorado Springs pada 3 November lalu.
Namun begitu, punca kematiannya masih belum didedahkan setakat ini.
Robert sering dilihat memegang atau meletakkan rokok di mulutnya dalam iklan Marlboro yang telah menampilkan dirinya selama 14 tahun.
"Robert mula dihubungi pihak Marlboro selepas pihak pengiklanan jenama rokok itu melihat fotonya bersama rakan baik, pelakon John Wayne," kata anaknya, Bobby Norris.
Menariknya, meskipun bergelar model iklan jenama rokok terkenal, Robert tidak pernah merokok sepanjang hayatnya.
Selepas 14 tahun, Robert akhirnya membuat keputusan untuk menarik diri dari iklan Marlboro kerana merasakan perkara itu tidak memberi contoh yang baik kepada anaknya.
Sumber : The New York Times
Must-Watch Video