Skip to main content

Hiburan

Hanya Kongsi Pengalaman Sebagai Manusia & Artis, Kaka Azraff Ingat Pesanan Arwah Ibu - “Jangan Sesekali Aniaya Hidup Orang…”

ASTROGEMPAK Kaka Azraff

Sekilas

  • Kaka Azraff berkongsi pengalaman emosi dan proses penyembuhan yang menjadi inspirasi lagu terbarunya, 'Bully'.
  • Perkongsian Kaka bukan untuk mendedahkan sesiapa, tetapi untuk memberi kesedaran tentang isu emosi yang sering dialami ramai.
  • Kaka turut mengingatkan pesanan arwah ibunya supaya tidak menganiaya orang lain dari segi hati, emosi, dan kehidupan.

Perkongsian penyanyi Kaka Azraff yang menyentuh soal emosi di platform Threads miliknya baru-baru ini meraih perhatian wargamaya.

 

Bagaimanapun, Kaka menjelaskan setiap perkongsian yang ditulis bukan bertujuan untuk mendedahkan mana-mana pihak, sebaliknya lahir daripada pengalaman yang dilaluinya sebagai seorang manusia dan juga selebriti.

 

“Saya banyak berkongsi kebelakangan ini tentang penyembuhan, manipulasi, dan batasan emosi. Semua yang saya tulis datang dari pengalaman, dan juga proses saya sebagai manusia dan sebagai artis.

 

“Ia bukan tentang mendedahkan sesiapa. Ia tentang kesedaran Kalau ada yang berkaitan, ia adalah kerana situasi ini lebih biasa daripada yang kita sangkakan,” katanya. 


Dalam pada itu, Kaka turut menjelaskan pengalaman tersebut menjadi inspirasi kepada penghasilan karya terbaharunya berjudul Bully.

 

“Inilah sebabnya saya mencipta ‘Bully’. Bukan untuk menyerang, tetapi untuk memberi suara kepada mereka yang rasa tidak didengari, keliru, atau keletihan emosi.

 

“Ambil apa yang bergema, tinggalkan apa yang tidak. Saya hanya berharap sesiapa yang memerlukannya, menemui kekuatan di dalamnya,” ujarnya lagi. 

 

Pada perkongsian lain, Kaka juga berkongsi pesanan Allahyarham ibunya berkongsi pesanan Allahyarham ibunya yang sentiasa mengingatkan agar tidak menganiaya kehidupan orang lain, bukan sahaja dari sudut wang ringgit, tetapi juga melibatkan hati dan emosi.

 

“Arwah mama selalu pesan, jangan sesekali aniaya hidup orang. Bukan setakat duit… tapi hati, emosi, hidup dia. Sebab luka yang kita bagi, Allah simpan.

 

“Dan satu hari nanti, Dia pulangkan. Larilah, masa itu akan datang,” katanya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must-Watch Video

Advertisement