Skip to main content

Selebriti

Kenyataan Wanita Sertai Misi Kemanusiaan Cetus Perdebatan, PU Rahmat Mohon Maaf - "Tiada Niat Lain Melainkan Mahu..."

Bakar isteri

Sekilas

  • PU Rahmat Ikhsan menegur orang ramai supaya tidak menghalang Ardell Aryana menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0.
  • Beliau menegaskan potensi wanita dalam perjuangan agama tidak harus dihalang walaupun ada perbezaan pandangan.
  • PU Rahmat memohon maaf atas salah faham kenyataannya dan menegaskan fokus utama adalah sokongan kepada Gaza.
Advertisement

Pendakwah bebas, PU Rahmat Ikhsan menegur orang ramai khususnya mereka yang sudah berumah tangga untuk tidak menghalang pelakon, Nadzmi Adhwa yang membenarkan isterinya, Ardell Aryana untuk menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0.

Menurutnya, Ardell memiliki potensi besar dalam perjuangan di jalan Allah dan perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi alasan untuk menghalang usaha tersebut.

Advertisement

"Korang tak nak benarkan isteri korang join sumud tu hak korang. Korang nak simpan bini dalam rumah dan layan netflix sampai 100 episode pun silakan.

"Cuma jangan halang @nadzmiadhwa benarkan Ardell berjuang. Jangan halang potensi wanita menjadi hebat disisi Allah.

"Aku kalau ada bini nanti, aku suruh dia kawan dengan Ardell. Aku tak bagi dia kawan dengan bini kau,"tulisnya.

Advertisement

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mencetuskan kontroversi dalam kalangan ramai, sekali gus mendorong PU Rahmat tampil memohon maaf serta memperjelaskan kenyataan terdahulu bagi mengelakkan salah faham.

"Saya memohon maaf jika ada yang salah faham dan terasa mengenai kenyataan saya. Saya tidak menafikan Wanita yang duduk di rumah untuk mencapai syurga.

"Hanya saya menegaskan jika kalian tidak mahu isteri kalian berjuang. Maka silakan namun jangan dipaksa Adhwa melarang kak Ardell ke Sumud.

"Tiada niat lain melainkan mahu Wanita muslimag dibenarkan berjihad. Sekali lagi saya mohon maaf. Kita Kembali fokus kepada Gaza kerana Gaza adalah cerita Utama," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement