Skip to main content

Selebriti

Fabian Loo Bawa Sentuhan Komedi Dalam Mikael: Pemburu Dua Alam, Akui Bukan Mudah Seimbangkan Watak - "Tugas Saya Adalah..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Fabian Loo menegaskan wataknya sebagai Sarjan Kok dalam filem Mikael: Pemburu Dua Alam penting kerana elemen komedi yang perlu seimbang agar tidak mengganggu jalan cerita.
  • Babak terakhir filem ini menjadi kegemaran Fabian kerana menggabungkan pelbagai elemen seperti tegang, emosi, dan pertarungan yang melengkapkan penceritaan.
  • Filem arahan Zahir Omar ini mengisahkan seorang pegawai polis yang menyiasat kes pembunuhan berkaitan makhluk dari alam jin dan pertembungan dengan Raja Jin, kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Pelakon, Fabian Loo berpendapat wataknya dalam filem Mikael: Pemburu Dua Alam wajar diberi perhatian, memandangkan elemen komedi mampu menjadi tarikan utama dalam sesebuah naskhah.

Pemegang watak Sarjan Kok itu turut menjelaskan bahawa watak kelakar bukan sekadar mencuit hati, sebaliknya mempunyai cabaran tersendiri agar tidak menjejaskan keseimbangan jalan cerita.

“Saya rasa karakter komedi ini adalah untuk menarik perhatian ramai, dan tugas saya adalah untuk menyeimbangkannya supaya tidak berlakon secara berlebihan. Ini penting agar jalan cerita tidak tenggelam, kerana ada bahagian komedi yang agak mencabar. Kalau ditarik terlalu banyak, ia boleh mengganggu aliran cerita asal," katanya kepada Gempak.

Fabian ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem Mikael: Pemburu Dua Alam di GSC Midvalley Megamall pada Selasa lepas.

Dalam masa sama, Fabian turut berkata bahawa babak yang paling digemarinya ialah babak terakhir filem tersebut di mana ia sarat dengan elemen yang berlainan, sekali gus melengkapkan keseluruhan penceritaan.

"Babak terakhir sangat menarik kerana kami melalui pelbagai jenis babak seperti babak tegang, emosi dan ada juga adegan pertarungan. Bagi saya, setiap elemen dalam filem ini memainkan peranan penting dalam menghidupkan keseluruhan cerita,"

Mikael: Pemburu Dua Alam telah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 April.

Selain Fabian, filem ini turut dibintangi Remy Ishak, Norreen Iman, Alicia Amin dan ramai lagi.

Filem arahan Zahir Omar ini mengisahkan seorang pegawai polis yang menyiasat kes pembunuhan kejam sebelum menyedari ia ada kaitan dengan makhluk dari alam jin.

Siasatan tersebut akhirnya membawa kepada pertembungan dengan Raja Jin demi menjaga keseimbangan antara dua dunia.

 

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement